Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Susu Kambing Sunnah – Minuman Kegemaran Dunia




((( PERKARA A )))
Rakaman video ni akan diparkingkan dengan awalan Website Pintar 1 (tarik pengedar baru). Tapi untuk Website Pintar 2 (kedai jualan kita) akan dihidangkan semua koleksi peribadi masing2. Untuk pengetahuan semua, 2 website pintar kita ni dah pun siap n patutnya dirasmikan Jumaat semalam dan memandangkan ada 1 idea terpacul keluar dari pale hotak saya kesan dari audio Status 013 Misali tu, maka rakaman ni akan BOOSTKAN KESAN MARKETING.

Rakaman video ni AMAT PENTING sebab ianya akan diparkingkan kat fanpage masing2 dan dijadikan *PIN TO TOP* supaya setiap dari kamu at least ada 100 orang pengedar baru dalam empayar masing2. Untuk menjadikan ini lebih realistik dan meyakinkan bakal2 pengedar baru kita, rakaman video hendaklah dibuat beramai2 (dimulai dengan ahli 28 group ni) dan adegannya mestilah CERIA. ianya hampir sama dengan konsep rakaman video “itu hari” iaitu JOM DAFTAR…?

Namun jenis video yang saya nak u all ramai2 rakam mulai harini sampai tgh malam karang atau sampai Ahad Siang adalah sedikit berbeza sebab ianya diiringi point2 yang bakal meyakinkan ramai penonton kita untuk bank in duit serta merta selepas diorang habis tonton video. Video u ni boleh u all iklankan melalui FB ADS dengan syarat fanpage dah ada minimum 50 foto 50 video dan melebihi 5000 like. Tapi takper, yang takde like banyak pun kita boleh buat gimik dekat status profile kita dengan cara share video dari fanpage kita masuk dalam fb profile kita, dengan cara tu jer kita dah bukak peluang pada ramai orang tanpa menunjukkan tanda2 menjual, walhal status tu ada robot2 pintar kita akan berkerja dalam diam, dan rakaman malamni penentu akan kejayaan 1st impression komersial kita.
(belum babak terjun laut tau…? 🙂 )

Saya target at least setiap dari kamu seharusnya dapat income 10,000 dari video ni jer melalui usaha menviralkan “secara ETIKA” semua WebsitePintar kita ni, ini belum lagi kalau rakan2 niaga kat kelab tu repeat order dengan awak nanti. Iaitu menerusi akaun yang dah dilinkkan dengan akaun pintar kita nanti. So dengan sendirinya pendapatan kita semua akan naik mendadak tanpa mereka mengetahui pun. Now untuk menjadikan impian ini jadi kenyataan di tangan kamu masing2, maka saya serahkan blueprint rakaman ni untuk disiapkan harini dan hari esok, submit seberapa segera. Rakaman adalah unlimited bilangannya untuk upload, supaya mudah designer nak edit n memilih mana yg terbaik.
Formatnya adalah…
==========
01.rekod secara landscape, bukan menegak.
02.bersahaja, bukan skima.
03.kualiti HD, suara jelas dan kuat.
04.mata tak curi pandang nota
05.rakaman santai 3 minit jer
06.buh kotak susu isunnah di sisi (baru / lama)
07.tutup radio tutup tv
08.boleh dokong anak di sisi (pandai2)
09.try cari suasana Luar (yg nampak lalu lalang)
10.boleh rakam suasana rumah (dapur, laman, dll)

Isi2 rakaman mestilah seperti berikut, iaitu?
===============
A…
Apa kelainan yang saya duk perhati ada dalam i-Sunnah.
Kenapa saya beria2 nak join jemaah i-Sunnah.
Apa istinewa yang tak diberikan syarikat lain…?
.ada mentor
.guru pembimbing
.dari tak pandai jadi bijak IT
.rakan niaga yang aura positif
.ilmu luar biasa diberikan percuma
.diajar buat fanpage siap ada foto
.diberikan Website Pintar yang canggih
.best part siap ajar kami cara jadi jutawan?
.prestij amalan sunnah Rasulullah dipelihara sebab tak dijual secara lambakan di kedai2
.untung bersih hanya diberikan kepada rakan niaga jer
.atau huraikan pengalaman jndah masing2

B…
Ucapan terima kasih juga ditujukan khas untuk:
.emak ayah
.suami isteri

.rakan niaga
.dan semestinya syarikat Dunia Sunnah sebab…
Lagi 1 saya nak pesan… Kalau boleh masa tiba bab rakaman terima kasih tu, awak kena buat ala2 sebak & kalau boleh MENANGIS dan menitis air mata, sebab saya nak video yg menyentuh hati kepada penonton…. 🙂 Try buat, kalau takleh pun TAKPER….
(jangan sebut perkataan MT, atau sebutan penuhnya)

C…
Saranan baik saya kepada yang menonton rakaman ini ialah supaya…?
.lekas daftarkan diri segera demi famili kita
.jom sama2 warisi Bisnes Kalis Gawat ni
.sebabnya adalah kerana…. (rujuk salah 1 nota A)

D…
Ending video sebutkan…
Minuman Sunnah 1 Amalan
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan
Buat sesempoi mungkin tanpa ada ciri2 membaca dan takde ciri2 skima. Rakaman seceria mungkin… Try buat rakaman bersama anak di mana anak leka main barang dia so adegan rakaman nampak lebih LIVE N HIDUP. Pandai2 ejas ikut suasana kita sehari dua ni. Rakam jer sebanyak mungkin, tak jadi snap lagi n rakam lagi. Tu jer… Afdal rakaman yang backgroundnya nampak cantik dan hidup.

Jom mulakan skrg. Huraian saya kali ni panjang. Tapi rakaman ni macam dalam kelab jer… Tapi kali ni dalam bentuk VIDEO n lebih spesifik.
Jom…. 🙂
Komitmen sedang dinilai….
Love…
Tengku Rara.

((( PERKARA B )))

Perkara 01
Pi dekat link ni, dan semak 1 per 1, catitkan setiap 1 pengedar di situ ikut negeri masing2, kemudian perhatikan dalam group 28 orang ni pulak, ada berapa orang yang sama dengan negeri aku, daerah yang paling hampir tolong get ready untuk bantu dia repeat order… 1-2 hari ni atau malam ni saya akan bukak status PRODUK IKHTIAR ZURIAT & pengambilan stokis baru, so mereka2 yang berminat dari Kelab VIP ni kenalah melalui diri kamu, dan kepada sesiapa di antara kamu yang sama negeri & sama pulak daerah, buat 1 group antara kamu yang sedaerah ni dengan saya dalam 1 sesi chat, nanti saya bagi kuasa… Buat benda ni agar hati kita PUAS & lapang…
>>>
https://www.facebook.com/groups/iSunnah/permalink/1555320991443724/

Perkara 02
Saya perlukan rakaman video versi format yang saya dah bagi tadi dekat ((( Perkara A))), dan rakaman2 tu mestilah ada unsur2 yang saya dah bagi tadi, tapi mestilah rakam balik dan ada isi format yang macam saya cakap tadi.

Kepada yang dah buat rakaman untuk perkara 02 di atas, lekas submit video awak dari Google Drive, skrg jugak, dan yang tak dapat tidur, rakaman boleh buat skrg, pi peduli apa org nak kata… rakam jer… Standby nota2 ringkas kat sebelah kamera, dan mulakan rakaman, isi2 format ada kat atas, skrol balik, dan mulakan recording…
Kepada yang nak buat Group 2-3 org bersama saya khas untuk pengagihan pengedar2 baru unuk repeat order, pastikan semak baik2 senarai yang saya berikan LINK di atas, saya nak tahu KEPUTUSAN sahaja iaitu:
– bilangan pengedar baru
– dia daerah mana
– kita daerah apa
– kemudian setup group baru dgn saya
(kita bincang)

Format masa dalam group chat ni bagi saya siap2 info ni iaitu:
Lebih kurang macamni…
=====
((( Negeri Sembilan )))
Nama Daerah = Jempol 

1) nama ahli baru 1 + (no.VIP dia)
2) nama ahli baru 2 + (no.VIP dia)

Nama Daerah = Kuala Pilah
1) nama ahli baru 1 + (no.VIP dia)
2) nama ahli baru 2 + (no.VIP dia)
(gantikan nama daerah ikut negeri masing2)
kemudian buat 1 group dan bincang dgn T.R.
=====

Saya boleh online sampai Subuh sebelum saya berlepas lagi naik kenderaan laju, hargai peluang ni… Mulakan skrg.