. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Urutan Kasih Ibu Untuk Si Comel

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Pembelajaran boleh dimulakan dengan teknik asas dan diikuti dengan gerak rasa mengikut kesesuaian bayi selaras dengan kekuatan tekanan tangan digunakan dan juga bentuk usapan pada beberapa bahagian badan yang disukai bayi. Umumnya, bayi akan bertindak balas secara positif dengan ketawa ataupun mengagah. Sebaliknya, jika dia menangis, cuba tenangkan dan jangan memaksa sekiranya dia ingin tidur ataupun menyusu.

Urutan dan sentuhan merupakan perkara yang tidak boleh lari daripada hidup manusia terutama bayi. Kebanyakan ibu bapa di India meletakkan ‘infant massage’ pada tahap utama. Mereka jarang menggunakan stroller, baby seats, infant carriers, car seats dan sebagainya untuk memastikan mereka mengaplikasikan teknik ini pada bayi mereka secara total.

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Panduan Teknik Urutan Dan Sentuhan
1. Muka
Muka bayi mungkin penuh dengan berbagai jenis ketegangan akibat perbuatan menghisap, tumbuh gigi, menangis atau sebarang perkara yang berlaku di sekelilingnya setiap hari. Gunakan ibu jari anda dan buatkan isyarat senyuman pada bahagian atas bibirnya, kemudian di bawah bibir bayi. Ulang tiga kali.

2. Dada

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Dengan menggunakan kedua-dua tangan yang diletakkan di tengah dada bayi, tolak keluar ke arah tepi dan mengikut susunan tulang rusuk. Gerakannya seolah-olah anda meratakan muka surat sebuah buku. Tanpa beralih tangan daripada badan bayi, gerakkan tangan di sekeliling mengikut bentuk rajah hati sehingga sampai bahagian tengah.

3. Tangan

  • Picit dan putar – Pegang tangan bayi sampai bahagian bahunya dengan kedua belah tangan. ( seperti memegang pemukul besbol ). Kemudian usaplah lengan dengan bergerak ke atas dari bahu membawa ke arah pergelangan tangan dan rentak diselang-selikan. Pada masa yang sama picit dengan lembut

4. Kaki

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

  • Picit dan putar – Pegang kaki bayi seolah-olah anda sedang memegang pemukul besbol. Kemudian pusingkan dengan kedua belah tangan bergerak ke arah bertentangan dan pada masa yang sama, memicit dengan lembut.
  • Menggulung – Dengan memegang kedua-dua kaki, buat gerakan seperti menggulung dari lutut ke buku lali.

5. Perut
Mengurut pada bahagian perut akan meredakan sistem usus bayi membolehkannya membuang angin serta melegakan sembelit. Gerakan ini harus berakhir pada bahagian bawah sebelah kiri perut bayi (bahagian kanan anda apabila berdepan dengan bayi). Pada bahagian ini kebanyakannya terletak usus pembuangan bayi. Tujuannya adalah bagi menggerak semuanya ke arah usus.

a) Roda Air
Menggunakan hujung tangan, lakukan gerakan mendayung pada perut bayi, berselang seli tangan, seolah-olah anda sedang menyodok pasir ke arah diri sendiri.

b) Matahari Bulan
Buatkan gerakan ala bulan sabit songsang dengan tangan kanan anda, dari kiri ke kanan. Kemudian buat gerakan bulatan penuh hala mengikut pusingan jam dengan tangan kanan. Ketika tangan kanan anda bergerak di atas, tangan kiri anda di bawah, lakukan satu pusingan bulatan mengikut hala songsang jam dengan tangan kanan anda.

c) Berjalan
Menggunakan hujung jari, buat gerakan berjalan di atas perut bayi anda dari kiri ke kanan. Anda mungkin terasa gelembung udara bergerak-gerak di bawah jari anda.

d) I Love You

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

  • I – Buatkan gerakan huruf ‘I’ ke bawah menggunakan tangan kanan pada bahagian kiri perut bayi.
  • Love – Buat bentuk ‘L’ terbalik dari arah kiri ke kanan.
  • U – Kemudian buatkan bentuk ‘U’ terbalik dari kiri ke kanan.

Ketika membuat gerakan ini, sebut ‘I love you’ dalam nada suara penyayang. Bayi anda pasti sukakannya.

6. Bahagian Belakang

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

a) Berulang Alik
Letak bayi dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya ke sisi. Mulakan dengan bahagian atas belakang, bersudut tegak pada tulang belakang. Gerakkan tangan anda dari depan ke belakang, pada arah bertentangan, membawa ke bahagian punggung, kemudian naik ke bahu.

Pada penghujung setiap urutan bayi, pakaikan semula baju. Bayi anda sudah tenang kini dan bersedia untuk tidur. Urutan bayi ini lebih daripada sekadar menenangkan bayi, malah ia merupakan medium untuk membina hubungan spiritual dan emosi yang mendalam bagi manfaat seisi keluarga.

Sentuhan mampu membentuk daya intelektual dan kemahiran motor bayi selain membantu mengawal suhu badan bayi, denyutan nadi dan cara tidur dan bangun anak/sleep-wake patterns. Jadi, luangkan sedikit masa untuk berikan urutan dan sentuhan kepada bayi bagi mengukuhkan lagi hubungan dan trust-bonding bersama bayi anda.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗