. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Uruskan Tali Pusat Bayi

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Uruskan Tali Pusat Bayi
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Bagi yang baru kali pertama bergelar ibu, tentu agak seriau apabila hendak menguruskan tali pusat bayi baru lahir. Sebenarnya tidak sukar mana jika anda tahu cara yang betul mengendalikannya.

Biasanya tali pusat bayi baru lahir akan mengambil masa antara tiga hingga 10 hari untuk luruh dengan sendirinya. Jangan sekali-kali anda cuba untuk meluruhkan tali pusat bayi.

Ikuti langkah-langkah betul menguruskan tali pusat si kecil agar anda dapat mengelakkan anak daripada mengalami sebarang jangkitan kuman pada pusat serta masalah lain.

1. SENTIASA BERSIH

Bersihkan bahagian pusat setiap kali selepas mandi atau menukar lampin si manja. Dengan cara ini, anda akan membantu mengeringkan bahagian dasarnya dan mempercepatkan proses tali pusat luruh dengan sendirinya.

Uruskan Tali Pusat Bayi

2. KAPAS BERSIH

Sentiasa menggunakan kapas bebola yang bersih dan dibasahkan sedikit dengan air bersih apabila hendak membersihkan kawasan sekeliling pusat bayi.

3. PASTIKAN KERING

Selepas membersihkan pusat, ambil sebiji lagi kapas bebola dan sapu kering di bahagian sekeliling pusat yang dibersihkan tadi.

4. JANGAN TUTUP

Elakkan memakaikan lampin sehingga menutup bahagian pusat bayi yang belum luruh kerana ia akan menyebabkan pusat berkuap, lembap dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Kawasan tersebut perlu sentiasa kering dan bersih sepanjang masa.

5. JANGAN RENDAM DALAM AIR

Oleh kerana tali pusat mengambil masa seminggu lebih untuk luruh maka sepanjang tempoh tersebut, anda mesti mengelakkan daripada memandikan bayi dengan cara merendam keseluruhan badannya di dalam air.

Gunakan kaedah mengelap atau mengalirkan air sahaja supaya air tidak masuk ke dalam bahagian pusat bayi.

Jika berlaku sebarang jangkitan kuman di kawasan tali pusat atau bayi asyik menangis kerana tali pusatnya, segera bawa bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Uruskan Tali Pusat Bayi
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗