. . .
13924958 1761750967443554 2167683783066158708 N

UBAT CACING

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Assalamualaikum.

Kali ini saya hendak berceritakan kepentingan mengambil ubat cacing.

Seringkali kita tertanya-tanya pada diri sendiri:

1. Saya mengambil supplement/vitamin/jamu tetapi tidak mendatangkan hasil?

2. Saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit yang di hadapi pula susah hendak sembuh. Kadang-kadang rasa tertekan.

3. Mudah dapat gastrik, badan juga tidak bertenaga. Kadang-kadang rasa dah makan banyak tetapi perut tetap lapar pada waktu malam.

Sebenarnya banyak lagi simptom terdapatnya cacing dalam badan dan ianya perlu dititikberatkan oleh masyarakat.

Dari sudut perbidanan kampung , dari ilmu yang saya perolehi di percayai setiap 15hb -21hb bulan Melayu biasanya cacing akan bertelur dan membiak dalam usus manusia. Walaupun tidak terbukti secara perubatan moden, saya percaya akan maklumat ini berdasarkan pelbagai pengalaman.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, namun ada juga setiap tiga bulan mengikut tahap keseriusan kes. Ibu bapa perlu merujuk doktor terlebih dahulu sekiranya terdapat anak-anak di bawah dua tahun yang ingin mengambil ubat cacing.

Kebanyakan orang bila ditanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing, jawapannya ketika zaman sekolah dahulu. Bayangkan.. jika sekarang kita berumur 35 tahun, sudah berapa banyak cacing yang membiak di dalam badan kita.??

Jangan ambil mudah masalah kecacingan kerana cacing bukan sahaja berada di dalam usus malah jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan – mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Tanda-tanda kecacingan:-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asma (cacing di paru-paru)

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkandemi kesihatan & kualiti hidup.

Saya juga mencadangkan kita mengamalkan minuman susu kambing. Susu kambing mempunyai banyak khasiat yang tak semua daripada kita mengetahuinya. Selain itu, ia juga merupakan minuman feveret Nabi kita 🙂

Dapatkan satu milik anda di sini:
Caranya >>>> ((( Klik Sini Lekas )))

13924958_1761750967443554_2167683783066158708_n

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗