. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Ubat Batuk Untuk Bayi?

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Kanak-kanak seringkali mengalami batuk dan selsema, dan ia membawa kebimbangan di kalangan ibubapa. Gejala batuk atau selsema ini bukan sahaja boleh menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak selesa sepanjang hari malah kadang-kadang boleh mengganggu tidur. Ibubapa, dengan niat yang baik, ingin mengubati batuk atau selsema ini.

Sebenarnya, batuk adalah satu tindakbalas badan untuk membantu mengeluarkan kahak daripada saluran pernafasan. Kebiasaannya, batuk dan selsema yang dialami adalah ringan dan kebanyakan kanak-kanak akan sembuh sendiri tanpa rawatan dalam purata tempoh 10 hari. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat demam selsema dan batuk sebanyak 3-8 kali setahun, terutamanya mereka yang bersekolah, terdedah kepada jangkitan oleh orang dewasa atau kanak-kanak lain, serta terdedah kepada asap rokok.

Untuk bayi dan kanak-kanak yang lebih kecil, perlu diketahui bahawa batuk dan selsema tersebut mungkin adalah gejala kepada penyakit yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru (pneumonia). Sekiranya, keadaan kanak-kanak semakin bertambah teruk atau didapati berterusan lebih lama daripada yang dijangkakan, sila bawa untuk pemeriksaan oleh doktor.

Selain daripada jangkitan, gejala batuk juga mungkin disebabkan penyakit yang lain, contohnya penyakit asma. Terdapat banyak kajian yang telah membuktikan bahawa ubat-ubat batuk dan selsema sebenarnya tidak berkesan untuk mengubati gejala-gejala bagi golongan kanak-kanak.

Malah lebih merisaukan, telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Rawatan tanpa ubat yang disyorkan

  1. Titis hidung & sedut hingus
    Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi. Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
  2. Teh limau madu yang suam
    Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum ( jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius ). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
  3. Pengambilan cecair yang lebih
    Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
  4. Rehat yang mencukupi
    Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

 

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗