. . .
Kawal Pemakanan Dikala Raya Ketupat Rendang Lemang

7 Rahsia Indah Rumah Terbuka

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

7 Tips Adakan Rumah Terbuka

Pejam celik pejam celik dah tiba kita ke penghujung Ramadhan, tak lama lagi Aidilfitri akan tiba. Pada waktu itu mesti ramai yang mengadakan rumah terbuka untuk meraikan dan berjumpa dengan saudara mara dan sahabat handai kan. Apa-apa pun biarlah bersederhana dalam segala hal untuk mengelakkan pembaziran. Saya kongsikan tips saya ketika mengadakan rumah terbuka yang boleh dipraktikkan, semoga bermanfaat untuk anda di Aidilfitri nanti.

1) Jemputan dan pelan lokasi

Zaman sekarang ni dah mudah, Jemputan boleh dibuat dengan pantas, hanya menghantar jemputan rumah terbuka beserta pelan lokasi kita ke facebook whatapps,twetter dan pelbagai media sosial milik rakan dan saudara kita. Yang penting jemputan kita mestilah lengkap seperti hari dan masa.

2) Hari Dan Masa

Pilih hari dan masa yang sesuai.pastikan hari cuti..senang nak datangkan, dan tak kelam kabut.Saya cadangkan hari sabtu/ahad la..tapi biasanya kami buat hari sabtu,sebabnya hari jumaat selepas kerja kami akan siapkan semua bahan-bahan mentah supaya mudah untuk digunakan pada hari sabtu dan hari ahad tu boleh la berkemas dengan tenang dan santai.

3) Makanan

Biasanya kami sekeluarga akan bersama-sama dalam membincangkan menu untuk hidangan. Menu yang wajib ada ialah rendang ayam resepi ibu mertua dan ayam masak kicap resepi bonda.Saranan saya sebaiknya masak sendiri dan kita pilih hidangan raya kita sendiri.selain menjimatkan ia juga dapat mengawal perbelanjaan kita.
Antara menu yang selalu kami buat dan ianya menjimatkan dan tidak melepasi budget yang kami tetapkan 🙂

-masakkan satu periuk besar sup ayam
-Sediakan bahan-bahan untuk soto
-Sediakan bahan-bahan untuk meehon sup
-Sediakan bahan-bahan untuk mee sup
( 3 jenis hidangan menggunakan hanya 1 kuah sup ayam)
-Sambal kicap jangan lupa tau..
-Nasi himpit dan kuah kacangnya
-Roti jala dan kari ayamnya.
-Buah-buahan dan kuih muih
-Ketupat dan lemang
-Aneka biskut dan kuih raya
-nudget dan kentang goreng untuk kanak-kanak

4).Hidangan Berperingkat

Oleh kerana tetamu yang hadir biasanya secara berperingkat,jadi setiap hidangan yang kita hidangkan tu kita catu mengikut jumlah tetamu.Ini memang pesan mak saya dari dulu. Ini juga cara beliau yang saya praktikkan sampai sekarang. “Catu” makanan anda. Hihi.. Catu dalam erti kata lain ialah menghidangkan secara berperingkat makanan kita. Selain dapat mengawal kuantiti makanan agar semua tetamu dapat merasa, saya juga dapat mengelakkan pembaziran daripada berlaku Dan yang paling bestnya bila kita tahu juadah mana yang menjadi kesukaan.

5) Bekas Makanan/Minuman

Untuk jimatkan masa dan tenaga(air juga) sediakan cawan atau pinggan kertas..
Sediakan plastik untuk buang sampah..senang, ikat-ikat terus buang dalam tong 🙂 dan pastikan sentiasa pantau kebersihan sepanjang majlis rumah terbuka kita.

6)Dekorasi Raya

Untuk lebih feel hari raya kan,elok kalau hias dengan lampu lip lap atau tampal kad raya kat dinding atau tampal ketupat kertas ditambah dengan lagu-lagu raya pilihan..macam raya di perantauan gitu..

7) Duit Raya

Jangan kedekut beri hadiah atau duit raya kepada tetamu yang bawa anak-anak..jumlah tu ikut la semampu kita.Sikit atau banyak bukan penentu..yang penting ikhlas untuk memberi.

Yang pentingnya dalam kita membuat rumah terbuka matlamat kita untuk merapatkan silaturrahim sesama kita itu berjaya.semoga ianya membantu perancangan kita untuk rumah terbuka.

Untuk plan tahun ini, mudah-mudahan jika diberi kesempatan, ingin menjemput semua rakan niaga iSunnah yang tak pernah bersua muka untuk hadir sama ke rumah terbuka kami.InsyaAllah.
Yang jauh didekatkan
Yang dekat dirapatkan.
Salam 21 ramadhan.

Jadikan sunnah satu amalan
Didalam sunnah ada kejayaan

Kawal-pemakanan-dikala-raya-ketupat-rendang-lemang

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗