. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Tips Ketika Di Akhir kehamilan

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Apabila sudah menghampiri di hujung kehamilan, ibu-ibu pasti akan mengalami beberapa ketidakselesaan yang kadang-kadang rasanya tak tahulah bila akan berakhir. Apa yang paling penting ibu haruslah bertenang dalam apa jua situasi agar proses kelahiran yang bakal berlaku dapat berjalan dengan lancar.

Jom baca cara-cara berikut agar ibu-ibu lebih bersedia dalam mengatasi ketidakselesaan di akhir kehamilan

1. Tambah Pengetahuan

Banyakkan membaca dan mencari info-info yang berkaitan dengan apa yang bakal ibu lalui semasa proses bersalin. Dengan ini, ibu lebih bersedia apa yang patut agar tidak terlalu kelam kabut dan gelabah. Luangkan masa bersama-sama suami agar dia juga dapat bersedia sama.

2. Banyakkan Berjalan

Semakin hari badan sudah semakin malas rasanya bukan? Rasa memang tidak larat lagi nak membawa perut ke sana ke mari tetapi tahukah ibu, banyak berjalan di akhir kehamilan sangat banyak manfaatnya buat ibu apabila tiba saat bersalin kelak? Bukan setakat berjalan, malah senaman khas untuk ibu hamil juga ibarat bonus buat ibu-ibu.

Graviti akan membantu ibu melancarkan proses bayi masuk ke dalam saluran peranakan apabila sudah tiba masanya. Banyak berjalan atau bergerak juga dipercayai dalam merangsang kontraksi awal secara semulajadi.

3. Duduk Mencangkung atau “Squatting“

Sama seperti berjalan, squatting atau berjalan itik dapat menggalakkan bayi masuk ke saluran peranakan dengan elok. Lakukannya dengan penuh perlahan dan tenang. Anggaplah ia sebagai satu senaman ringkas buat ibu-ibu menghilangkan stres

4. Teknik Pernafasan

Mempelajari cara bernafas yang betul semasa bersalin adalah sangat penting ya ibu-ibu. Teknik yang betul dapat membantu ibu bertenang semasa kontraksi dan sedikit sebanyak dapat mengalihkan perhatian ibu daripada rasa tidak selesa.

5. Hubungan Intim

Kerap melakukan hubungan intim bersama suami apabila tarikh bersalin semakin hampir dapat mencetuskan kontraksi. Prostaglandin di dalam air mani suami akan merangsang kontraksi dan membantu serviks menjadi lembut dan bersedia untuk menghadapi proses kelahiran nanti.

Pastikan hubungan intim dilakukan dalam keadaan selamat, di mana ketuban tidak pecah atau ibu tidak mengalami komplikasi kehamilan seperti pendarahan atau uri bawah.

6. Makanan Pedas

Sesetengah orang yang berpengalaman berpendapat dengan memakan makanan yang pedas dapat mempercepatkan kontraksi awal untuk bersalin.

Apa pun, ibu-ibu jangan terlalu banyak pula memakan makanan pedas. Nanti tak pasal-pasal cirit-birit, pedih ulu hati dan perut berangin…lain pula jadinya

7. Penggunaan “Birthing Ball“

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Birthing ball ini sangat berguna untuk membantu bayi di dalam kandungan bergerak ke dalam saluran peranakan. Dapatkan cara penggunaan bola ini dengan betul daripada jurujual atau pengajar kelas antenatal agar tiada sebarang kecederaan berlaku semasa menggunakannya.

Bola ini merupakan bola khas yang mudah lentur dan lembut sambil membantu ibu menggerakkan bahagian tubuh badan.

8. Minum Teh

Teh mengandung theanine yang dapat membantu mempercepatkan bukaan serviks. Walaubagaimanapun, bersederhana itu adalah lebih penting. Cukup satu cawan sehari ya ibu, bukannya pagi petang malam teh saja

9. Bercakap Dengan Bayi

Aktiviti ini sangat digalakkan untuk diamalkan oleh ibu-ibu sejak dari trimester awal lagi. Ini kerana ia akan membentuk satu hubungan komunikasi antara ibu dan bayi di dalam kandungan. Mendengar suara ibu dapat menenangkan bayi dan “memujuknya” untuk membantu ibu bersalin dengan mudah. InsyaAllah

10. Sentiasa Rujuk Pakar

Seandainya ada sebarang ketidakselesaan yang sangat ibu risaukan, seperti kontraksi yang kerap berlaku terlalu awal atau pendarahan, lebih baik rujuk kepada doktor pakar. Mereka lebih arif dalam menangani hal-hal yang berkaitan dengan ketidakselesaan yang dialami oleh ibu-ibu.

Diharap dengan cara-cara yang disenaraikan di atas, ibu-ibu boleh mula melakukan cara yang bersesuaian agar proses kelahiran kelak dapat berlaku dengan lancar. Apa pun jua yang terjadi, banyakkan berdoa dan kerapkan berzikir agar hati lebih tenang dan redha.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗