. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Tips Hadapi Bayi Kuat Susu Waktu Malam

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Tips Hadapi Bayi Kuat Susu Waktu Malam
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

“Aduh letih mama dibuatnya bila baby asyik bangun tengah malam nak menyusu.” Mungkin itu antara dialog yang sering diucapkan oleh kebanyakan ibu yang baru melahirkan anak.

Ada beberapa sebab bayi anda bangun untuk disusukan. Dia mungkin dahaga, lapar, tumbuh gigi, sejuk atau tidak sihat. Dia juga mungkin mahu lebih makanan di waktu malam kerana kurang menyusu waktu siang. Jangan terkejut kerana mungkin juga si kecil hendak menyusu kerana mahukan ‘melekat’ di badan ibu yang hangat.

Pada usia enam bulan, bayi sudah mencapai tahap perkembangan yang penting di mana pola siang atau malam seharusnya sudah dikenali secara semulajadi. Masa tidur bayi sepatutnya sekitar jam 7 atau 8 malam tetapi dia mungkin masih mahukan astu lagi penyusuan sebelum atau selepas jam 12 tangah malam…

Ada juga bayi yang bangun untuk menyusu pada jam 2 atau 3 pagi. Jika bayi bangun untuk menyusu sekitar jam 5 atau 6 pagi, itu bukan dianggap sebagai penyusuan malam…

Tips Hadapi Bayi Kuat Susu Waktu Malam

Mungkin ibu boleh mula mendisiplinkan bayi tentang waktu penyusuannya bagi mengurangkan masa dia bangun tengah malam untuk menyusu. Berikut adalah tips yang boleh diamalkan:

1. Amalkan penyusuan atas permintaan (berikan susu kepada bayi apabila dia kelihatan lapar, dan bukan mengikut jadual).

2. Galakkan penyusuan yang lebih di siang hari…

3. Pastikan bayi anda disusukan dengan baik dan mendapat jumlah yang mencukupi.

4. Belajar mengecam isyarat bayi yang menunjukkan dia kelaparan. Adakah dia membuka dan menutup mulut secara pantas? Atau dia mungkin mula meragam dan memasukkan jari ke dalam mulut.

Setelah memahami isyarat lapar bayi, anda tidak akan keliru dengan isyarat yang menunjukkan ketidakselesaan atau perkara lain (bayi anda mungkin terjaga sebab dia basah dan mahu ditukarkan lampin) di tengah malam.

Semoga tips berikut mampu membantu anda menghadapi kerenah bayi yang kuat menyusu di waktu malam.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Tips Hadapi Bayi Kuat Susu Waktu Malam

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗