. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Tips Elak Gigi Anak Rongak

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Tips Elak Gigi Anak Rongak
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Jangan ingat anak anda masih lagi kecil untuk menggosok gigi. Hakikatnya sebelum tumbuh gigi, dia sudah sepatutnya mula belajar membersihkan gigi. Jangan nanti usia baru tiga empat tahun sudah rongak semua gigi. Nak senyum pun rasa malu. Kasihan anak kita!

Jadi, ibu dan ayah mari belajar cara penjagaan gigi yang betul sejak anak berusia bayi lagi.

1. Gosok Gigi Seawal Enam Bulan
Gigi susu yang pertama iaitu gigi kacip atau gigi insisor akan tumbuh pada usia lebih kurang enam bulan ke atas. Gigi itu adalah gigi kacip hadapan pada rahang bawah. Apabila gigi sudah tumbuh, ibu bapa atau penjaga sudah perlu bersihkan gigi itu untuk bayi mereka.

2. Penjagaan Gusi Juga Penting
Gusi anak perlu dijaga dengan membersihkan gusi walaupun sebelum gigi susu tumbuh. Susu mengandungi karbohidrat yang berkanji dan ada yang bergula. Sekiranya sisa susuan tidak dibersihkan dengan betul pada rongga mulut dan batas gusi anak, ini seterusnya akan menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat. Keadaan gusi sebegini akan menyebabkan anak berasa tidak selesa jika dibiarkan berterusan.
3. Elak Anak Hisap Botol Susu Sambil Tidur
Jangan ajar anak hisap botol susu sambil tidur. Ini kerana kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan melekit (plak) pada permukaan gigi anak anda.

4. Lepas Hisap Susu, Minum Air Masak
Sebaiknya selepas setiap kali selesai anak anda menghisap susu, akhiri dengan memberi sedikit air kosong atau lapkan gigi anak anda menggunakan kain yang bersih. Elakkan membiarkan puting botol susu berterusan dalam mulut bayi supaya permukaan gigi tidak terlalu lama dilapisi dengan selaput plak yang akan menyebabkan kerosakan gigi anak anda.

5. Bawa Anak Usia Setahun Jumpa Doktor Gigi
Ibu bapa perlu tahu bagaimana cara membersihkan gigi anak anda. Dinasihatkan anak berusia setahun dibawa berjumpa doktor pergigian supaya dapat diberi tunjuk ajar cara membersihkan gigi dengan betul pada usia ini.

Tips Elak Gigi Anak Rongak

6. Penjagaan Gigi Susu Sangat Penting
Gigi susu perlu dijaga supaya sihat dan tidak mengalami kerosakan gigi. Ini adalah kerana set gigi susu atau gigi primer berfungsi antaranya sebagai penjaga ruang pada rahang gigi untuk persediaan pertumbuhan set gigi kekal atau gigi sekunder.

Sekiranya gigi susu terpaksa dicabut lebih awal daripada usia sepatutnya, maka ruang pada rahang boleh terjejas sehingga menyebabkan gigi kekal akan tumbuh pada posisi yang tidak teratur. Apabila perkara ini berlaku, maka bila dewasa kelak, anak anda berkemungkinan memerlukan rawatan orthodontik bagi membetulkan susunan set gigi kekal mereka.

7. Tip Apabila Gigi Anak Sakit Atau Gusi Bengkak

  • Tentukan anak dibiasakan berjumpa doktor pergigian semenjak usia satu tahun lagi. Ini adalah langkah pencegahan yang baik di mana dengan praktis pembersihan gigi yang betul, masalah pada gigi dan gusi boleh dielakkan.
  • Sekiranya sudah ada masalah pada gigi dan gusi, rawatan dan ubat-ubatan awal perlu diberikan supaya keadaan tidak akan melarat.
  • Ibu bapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam aspek penjagaan kesihatan gigi dan gusi anak supaya anak dapat mempraktikkan tabiat membersihkan gigi dan gusi yang betul dan berkesan sedari kecil lagi.
  • Penjagaan kebersihan mulut anak perlu ditekankan dan sekiranya perlu, ubat-ubatan boleh diberikan untuk merawat masalah gigi dan gusi anak. Doktor pergigian boleh menunjuk ajar cara membersihkan gigi dan gusi anak dengan betul dan berkesan. Sekiranya perlu, ubat-ubatan akan diberi sama ada sirap antibiotik, sirap ubat tahan sakit, sirap anti bengkak dan sapuan krim atau gel topikal pada gusi yang sakit itu.

Tips Elak Gigi Anak Rongak
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗