. . .
Baby Senyum 10

Terujanya Apabila Bayi Senyum, Eh Jangan Seronok Dulu..

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Terujanya Bila Bayi Baru Lahir Dah Tersenyum, Jangan Seronok Dulu Sebelum Tahu Sebabnya

“Comelnya baby dah pandai senyum. Betulke bayi baru lahir dah pandai senyum?”

“Eh, pandainya baby senyum. Dia senyum kat kita ke bang?” Zira teruja melihat bayinya yang baru berusia seminggu melemparkan senyuman manis.

Tentu ramai yang baru bergelar papa dan mama rasa teruja bila tengok bayi baru lahir sudah pandai tersenyum. Rasa seperti melihat syurga di dalam senyumannya. Tapi jangan seronok dulu ya, sebabnya bagi bayi baru lahir senyuman itu dilemparkan tanpa mempunyai sebarang perasaan lagi kepada papa dan mama.

Pandangan mata mereka juga masih belum jelas lagi. Sebenarnya itu ialah senyuman refleks kerana bayi baru lahir masih belum mampu memberikan senyuman dengan perasaan. Bagaimana nak bezakan dua jenis senyuman oleh bayi baru lahir?

1. Senyuman Refleks

Senyuman ini dipengaruhi oleh gerak refleks yang masih mendominasi pergerakan bayi baru. Refleks adalah gerakan automatik dan spesifik yang wujud kerana ada rangsangan dari luar. Gerak refleks ini yang

menjadi panduan untuk membantu bayi menjalani kehidupan barunya sebelum dia mempunyai keterampilan untuk mengatur pergerakan anggota badannya. Maksudnya senyuman yang dilemparkan untuk menarik perhatian orang di sekelilingnya supaya dia merasa selesa.

Antara ciri-ciri senyuman ini iaitu ia akan muncul sejak lahir sehingga usia kurang dua bulan, senyuman ini berlaku spontan dan sangat pantas. Ia boleh tersenyum ketika tidur atau berjaga.

2. Senyuman dengan perasaan

Ini adalah senyuman membuktikan bayi sudah boleh berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Antara ciri-ciri senyuman ini iaitu ia muncul pada usia enam minggu tapi jangan risau kalau bayi anda hanya mula tersenyum pada usia 12 minggu seperti mana dinyatakan oleh

Dr. Martha Heineman Pieper dan Dr William Joseph Pieper, penulis Smart Love: The Compassionate Alternarive to Discipline That Will Make You a Better Parent and Your Child a Better Person,

senyuman lebih lama, kadang-kadang diikuti ekspresi muka dan mata yang ditujukkan kepada orang-orang yang ada di hadapannya atau sesuatu yang menarik perhatiannya.

Memerhatikan bayi baru lahir anda berkembang menjadi manusia adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan. Setiap saat ada sahaja perkara baru yang anda akan temui. Jangan malas cari info tentang perkembangan seorang bayi. Barulah anda boleh bantunya membesar sebagai anak yang cerdik!

baby-senyum-10

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗