. . .
Terma & Syarat - i-Sunnah™

Terma & Syarat – i~Sunnah™

Secara Ringkas & Santainya Begini
Baca dengan teliti supaya kita semua faham mengenai status keahlian sebagai pelanggan setia & rakan niaga di sini yang serba santai & menggembirakan. Dengan menjadi Ahli Rasmi merangkap jadi Rakan Niaga di Bazar Online (i~Sunnah™), bererti kita sudah DIANGGAP telah pun faham & setuju dengan peraturan mudah yang telah diperuntukkan oleh Syarikat Dunia Sunnah.

  1. Pendaftaran menjadi ahli adalah percuma & bertujuan untuk memudahkan semua urusan proses jual beli yang sangat santai & menceriakan kita semua.
  2. Tujuan kita semua mendaftar menjadi Rakan Niaga adalah supaya pihak syarikat melalui rangkaian Dunia Sunnah boleh berikan “Ganjaran Seumur Hidup Yang Agak Lumayan” dengan sempurna & betul kepada akaun bank kita pada minggu terakhir setiap bulan, selagi mana orang ramai berterusan setia dapatkan produk i~Sunnah™ dari akaun Rakan Niaga milik kita melalui kemudahan TEKNOLOGI PINTAR yang disediakan oleh Bazar Online (i~Sunnah™).
  3. Hanya rakan niaga yang berjaya daftar “dengan lengkap” boleh menjadi ahli tetap sepanjang hayat & boleh menyemak kembali semua sejarah rekod transaksi pembelian bulanan di Bazar Online (i~Sunnah™) ini.
  4. Sebagai Rakan Niaga di Alam Maya, kita semua sangat dialu-alukan untuk menjadi sebahagian dari Pengedar Rasmi Negara di Alam Nyata bagi setiap produk keluaran i~Sunnah™ dengan lebih santai lagi tapi penuh komitmen dengan memberi peluang kepada diri kita untuk turut terbabit sama membekalkan Makanan Sunnah & Minuman Sunnah dengan cara “Serah & Bayar” di lokasi pilihan kita nanti sebagai usaha TABLIGH kita.
  5. Semua maklumat peribadi kita berupa (email, telefon, alamat, jenis produk) boleh disunting semula dalam akaun Rakan Niaga milik kita di Bazar Online (i~Sunnah™) ini untuk penggunaan masa depan.
  6. Info peribadi seperti no.sulit pada Kad Visa atau MasterCard untuk tujuan sebarang pembelian di Bazar Online (i~Sunnah™) adalah selamat dengan Sijil Digital SSL dari SenangPAY yang semestinya sentiasa dalam pengawasan Sistem Bank Negara.
  7. Bayaran (Kurier Kargo) berupa khidmat hantar pakai pos sama ada (darat / laut), sekadar dikenakan cas 1 kali sahaja bagi setiap pembelian santai di Bazar Online (i~Sunnah™) ini untuk lebih penjimatan & manfaat bersama.
  8. Setiap tempahan di Bazar Online (i~Sunnah™) akan dihantar setiap minggu pada Isnin, Rabu, dan Jumaat, asalkan bukan di musim perayaan & cuti umum.
  9. Semua hasil pembelian di Bazar Online (i~Sunnah™) akan dikirimkan ke alamat yang pernah kita daftarkan & lazimnya terus sampai di tangan kita dalam tempoh 1-2 hari “bekerja” sahaja di Semenanjung. Situasi sedikit istimewa di Sarawak, Labuan, dan Sabah sebab pegawai bertugas perlukan tambahan beberapa hari lagi untuk sampai ke tangan kita kerana pemandangan luas yang indah. 🙂
  10. Ganjaran lumayan akan dimasukkan dalam akaun bank kita pada setiap hari Jumaat di minggu terakhir pada setiap bulan dengan minimum himpunan pendapatan mestilah sekurang-kurangnya sebanyak 500 RINGGIT untuk akses pengeluaran. Ganjaran yang melebihi 30,000 RINGGIT di hujung bulan ini akan dibank-inkan pada hari sama juga dalam akaun bank kita tanpa kos pengeluaran pun. 🙂
  11. Oleh itu, segera bekalkan no.akaun bank si pemilik sebenar yang sama pula dengan rekod namanya dengan Akaun Pintar dalam rekod pendaftaran Rakan Niaga di Bazar Online (i~Sunnah™) ini, pastikan masukkan alamat pos yang betul dengan “awalan 1 abjad besar” ditulis pada setiap perkataan dengan “betul” dalam susun atur alamat, dan sertakan no. telefon yang boleh terima kemudahan teks SMS, supaya mudah Urusetia nak masukkan maklum balas mesej melalui khidmat server SMS perbankan, dan pihak bank mudah hubungi telefon kita buat pengesahan, dan akhirnya senang abang Posmen nak buat panggilan. 🙂

Cetak Rompak:
Sekiranya kita mendapati ada sebarang unsur TIRUAN & SABOTAJ dari mana-mana syarikat misteri di luar sana melalui unsur MENIRU dalam bentuk (ayat, tagline, seni kotak, video produk mereka, susun atur ayat dalam iklan) di alam maya atau apa sahaja yang mempunyai bayang-bayang meniru produk i~Sunnah™, segera buat laporan ke Urusetia melalui email tanya@i-sunnah.com diiringi bukti foto & bukti video yang bukan dibuat-buat, sekiranya EDISI SIASAT menjadi benar maka awak akan dikurniakan sejumlah JONGKONG EMAS sebagai ganjaran menyelamatkan industri minuman Sunnah ini dari perosak tiruan di akhir zaman yang kini bermaharajalela di pasaran tempatan & antarabangsa. Syarikat Dunia Sunnah sudah memPATENkan semua keluarannya agar tiada pihak mempermainkan warisan suci amalan ribuan tahun para wali & nabi ini. Keluaran i~Sunnah™ merupakan satu-satunya Produk Muslim yang tidak dilambakkan di pasaran kedai-kedai murahan di jalanan laluan orang ramai. Kami menjaga PRESTIJ AMALAN SUNNAH Rasulullah, produk tidak dilangkah apakanlagi dipamerkan di laluan bawah pinggang sampai berhabuk apakanlagi kesan aura-aura buruk orang yang lalu lalang dengan bunyi dari mulut orang ramai. Dapat tahu ada sahaja dipamerkan di kedai-kedai macamni, segera buat laporan (melainkan dia adalah Wakil Rasmi Negara yang ada kedai runcit & ditauliahkan pula)…!!!
( sebab itu, anak-anak yang amalkan Produk i-Sunnah selalu DENGAR KATA. 🙂 )

Akhir Kata:
Andaikata ada produk idaman yang kita pernah tempah sebelum ini tiba dalam keadaan (terbocor dari pek aluminium) akibat kecuaian Posmen “pada hari terima”, segera AMBIL GAMBAR (dari pelbagai sudut) & hantar surat kita ke alamat email tanya@i-sunnah.com diiringi dengan lampiran. Semestinya tiada pemulangan duit boleh dibuat ke akaun bank kita, bahkan lebih menarik lagi produk yang rosak itu dapat digantikan balik SERTA-MERTA, dengan cara Syarikat akan pos balik produk i-Sunnah yang SENILAI dengan jumlah pembelian kita yang rosak sebelum ini, mungkin malam ini jugak boleh dapat kalau ada Pengedar Rasmi berdekatan kita. Produk i~Sunnah™ idaman kita akan dihantar segera ke alamat yang pernah kita daftarkan sebelum ini di Bazar Online (i~Sunnah™). Ada apa-apa yang tak menyenangkan mata memandang, hantar jer aduan.
(lampirkan foto dalam email yer, jangan lupa pulak.)
Tahniah & terima kasih sekali lagi.

Minuman Sunnah 1 Amalan.
Di Dalam Sunnah Ada Kejayaan.
Dapatkan Berterusan Dari Pasaran Online.
(Terma & Syarat Ini Diciptakan Khas Oleh Bazar Online (i~Sunnah™) Buat Pertama Kalinya Di Dunia.)

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗