. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Skill Yang Wanita Perlu Tahu

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Skill Yang Wanita Perlu Tahu
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Skill Yang Wanita Perlu Tahu

Wanita sering dikaitkan dengan seorang yang bersifat lemah lembut, pemalu, tidak mahir dalam uruskan kerja lelaki, dan tidak lasak. Selalunya, kerja-kerja yang sukar dan perlukan kemahiran berfikir lebih serasi dengan kaum lelaki. Hal ini menyebabkan wanita selalu mengalami masalah, ditipu, ditindas dan ada juga yang sanggup ditertawakan akibat sikap mereka yang tak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Jadi, dalam topik kali ini saya rasa perlunya untuk menyedarkan wanita di luar sana tentang pentingnya kemahiran tertentu supaya tidak mudah tertipu.

 

1. MEMANDU KERETA

Hampir 90% wanita di luar sana tidak tahu dan ambil sikap tidak mahu tahu tentang perkara-perkara yang melibatkan kereta. Ok, saya memang salut bagi wanita yang rajin membasuh kereta, keadaan dalam kereta bersih, dan teratur berbanding dengan lelaki yang agak pemalas dalam penjagaan kereta. Tetapi, kualiti dari segi organ dalaman kereta lelaki memang terbaik berbanding wanita yang tidak mahir menguruskan kereta mereka.

Jadi, wanita perlu tahu perkara asas seperti menambah air dalam tangki air yang terletak di bahagian hadapan kereta, perlu tahu mengisi angin tayar di pam jika tayar anda pancit, dan juga perlu tahu harga-harga kerosakan jika berlaku kemalangan supaya tidak tipu.

 

2. HAFAL SELOK-BELOK JALAN RAYA

Wanita juga perlu tahu selok-belok jalan supaya tidak mudah ditipu. GPS sekarang penting dan perlu ada untuk memastikan anda tahu jalan dan tidak bergantung kepada lelaki. Ketika suami memandu, pastikan anda tengok jalan dan pandang sekeliling untuk anda kenalpasti jalan yang digunakan. Supaya kelak, anda tidak akan diherdiknya kerana tidak tahu jalan yang selalu digunakan. Begitu juga jika anda pergi lawatan menaiki bas, anda tetap perlu memerhatikan jalan yang digunakan untuk kegunaan anda kemudian. Sikap ambil tahu berkaitan jalan perlu ada pada wanita, barulah anda di anggap hebat dan tidak perlu bergantung pada lelaki untuk mengenalpasti jalan.

 

3. ISI MINYAK KENDERAAN

Sebagai wanita, anda sering memberi alasan malas untuk mengisi sendiri minyak kereta. Lalu meminta tukang isi untuk mengisi minyak kereta. Walhal anda sendiri yang tidak tahu dan takut untuk isi minyak kereta. Betulkan? Jadi, untuk menutup perasaan itu, anda menyatakan yang anda malas untuk mengisinya. Perlu anda semua tahu, isi minyak sendiri lebih bagus dan dijamin daripada menyuruh tukang isi minyak. Anda mungkin akan ditipu dengan jumlah minyak yang tidak mencukupi dengan duit yang anda beri. Jadi perlu belajar cara mengisi minyak dan memberanikan diri untuk mencubanya. Anda kena lakukan untuk pastikan yang anda pun boleh membuat sendiri tanpa bantuan orang lain.

 

4. MEMBASUH KERETA

Wanita memang rajin membasuh kereta, tetapi dalam erti kata membasuh kereta di kedai. Melihat wanita membasuh sendiri kereta amat jarang kita temui. Mereka sering mengambil jalan mudah dengan menghantar kereta di kedai. Daripada anda membazir duit membasuh kereta di kedai, apa kata, anda membasuh sendiri kereta. Tanya suami atau ayah berkaitan sabun atau pengilat yang digunakan untuk kereta. Tunjukkan kepada mereka yang anda prihatin dan ada sikap ambil tahu tentang penjagaan kereta. Jika anda membasuh sendiri kereta, anda akan rasa kepuasan dan lebih menghargai usaha anda itu, jadi berbaloi-baloi.

 

5. PARKING KENDERAAN

Skill Yang Wanita Perlu Tahu

Ha, ini juga selalu menjadi kelemahan wanita. Kalau di tempat pakir kereta, kereta tidak pakir dalam kotak, kereta pakir senget, bila lihat pemandunya mesti kaum Hawa. Anda tahu mengapa? Kerana ada perasaan takut dan menggelabah ketika hendak pakir. Takut dengan siapa? takut dengan orang yang nak lalu, malu dengan orang yang mentertawakan kita kerana lambat pakir, malu dengan orang sekeliling seolah-olah anda menganggap diri anda sepeti badut yang membuat lawak semasa pakir kereta.

Ketepikan semua perasaan itu, jangan bermonolog sendiri, dan jangan membuat spekulasi sendiri. Perasaan anda telah menghantui diri anda, kesannya anda tidak cekap dalam tindakan anda. Jadi apa kata, semasa hendak pakir kereta, anda tarik nafas, bertenang, jangan pedulikan orang melihat, walau pun anda pakir lambat, tapi pastikan anda pakir kereta dalam kotak yang betul dan tidak melebihi kawasan pakir yang lain.

 

6. BAYAR DI KAUNTER TOL

Wanita merupakan seorang yang teliti, cermat dan boleh juga dikatakan sebagai seorang yang asal boleh. Kenapa ya saya kata demikian? Apa yang saya selalu lihat ketika di kaunter tol. Sama ada membuat bayaran tunai, atau pun secara ‘touch and go’. Kalau yang guna ‘smart tag’ tak perlu nak kata apa-apalah, sebab hanya lalu saja. Tetapi yang sedikit lucu ketika membuat bayaran tunai, semasa hendak berhentikan kereta di kaunter tol, punyalah susah dan lama untuk ‘adjust’ kereta supaya senang hulur duit.

Mahu dijadikan cerita, pakir punya pakir tetapi jarak antara kaunter dengan kereta punya jauh, akibatnya, anda terpaksalah turun dari kereta dah pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Malangnya ada juga yang tersalah ‘bajet’ terlanggar tembok kaunter berhampiran tol. Bila lihat pemandunya, si cantik jelita yang rasa diri macam diva. Sekadar perkongsian, jadi apa yang perlu wanita di luar sana sedar, pastikan anda yakin dengan tindakan anda, jika kurang pasti dan teragak-agak, perlahankan dahulu kereta sebelum masuk ke kaunter tol.

 

7. LAMPU ISYARAT

Lampu isyarat juga kadang kala menjadi masalah bagi kaum wanita. Sesetengahnya selalu memandang ringan perkara ini sehingga menjadi penyebab berlaku kemalangan jalan raya. Wanita juga kebanyakannya tidak mematuhi peraturan keselamatan jalan raya. Sebagai contoh, ketika sedang menunggu lampu israyat, kebanyakan wanita akan melanggarnya walau pun lampu itu telah bertukar warna merah, alasannya kerana takut untuk berhenti tiba-tiba.

Bagi wanita yang memandu kereta manual, keadaan yang lagi memalukan jika hendak memulakan semula pemanduan. Ada yang mati enjin keretanya, dan mengganggu pemandi lain. Manakala bagi pemandu auto pula, mereka tidak menukar gear kepada keadaan N (iaitu natural), dengan alasan tak sabar untuk teruskan pemanduan. Jadi, kereta andalah yang akan mengalami kerosakan gear terutamanya. Anda bukan sahaja merosakkan kondisi kereta, tetapi anda juga telah menggangu dan menyusahkan pemandu yang lain. Biar berkhemah dalam pemanduan.

 

KESIMPULAN

Jadi, saya harap sedikit tips ini berguna supaya wanita di luar sana, tidak diselubungi dengan perasaan malu dan takut untuk mencuba. Keluar dari kepompong itu dan jadilah seseorang yang lebih berkeyakinan. Tanggapan masyarakat, terutamnya lelaki terhadap kebolehan wanita perlu kita perbetulkan. Jangan pula menjadi seperti tikus membaiki labu, makin dibaiki makin rosak teruk jadinya. Tetapi jadilah seperti kancil yang bijak akalnya walaupun tubuhnya kecil.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Skill Yang Wanita Perlu Tahu

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗