. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Sikap Perlu Ada Untuk Anak Kecil

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Sikap Perlu Ada Untuk Anak Kecil
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

“Eh comelnya dia. Pandai pulak tu kongsi main dengan kawan. Siapa nama ni?”

Keletah si kecil yang berumur tiga hingga empat tahun kadang kala boleh mengundang kekaguman orang dewasa. Ada sesetengah daripada si kecil usia ini berperilaku seperti orang dewasa. Tetapi ada juga yang masih bersikap seperti bayi kecil.

Memang perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza tetapi sebagai ibu bapa, kita seharusnya tahu kayu pengukur yang betul tentang perkembangan normal si kecil. Bukan apa, bimbang juga kalau tengok anak orang lain yang sebaya dengan anak kita sudah boleh berdikari dan diharap tetapi anak kita masih melekat dan merengek seperti bayi kecil!

Jom semak apa kebolehan normal yang sepatutnya sudah dicapai oleh si kecil kesayangan anda ini. Mesti salah satu atau kesemua ciri-ciri tersebut ada pada anak anda.

1. Suka bermain dengan rakan-rakan

Minat untuk berkawan dan bermain sentiasa ada dalam diri anak usia ini. Mereka juga suka mencipta permainan tertentu. Sudah tentu ia bagus untuk perkembangan minda si kecil.

2. Boleh ikut peraturan

Si kecil sudah boleh diharap untuk mendengar peraturan tetapi biasanya dia selalu ingin ‘menang’. Macam-macam hujahnya diberikan demi mendapat kemenangan.

3. Suka main peranan

Tentu anda biasa perhatikan anak bermain pondok-pondok, masak-masak dan sebagainya lagi. Bukan main lagi dia menghayati watak yang sedang dipegang itu. Macam betul sahaja gayanya!

4. Suka mengawal keadaan

Sikap semula jadi mereka untuk menjadi ketua sudah terserlah sejak dari kecil lagi. Bila bermain, anda boleh perhatikan si kecil akan mengarahkan kawan-kawannya seolah-olah dialah ketua di situ.

5. Lebih berdikari

Keinginan untuk menguruskan diri sendiri sambil berkata “Adik dah besar la mama…” memang biasa diucapkan oleh si kecil bila kita masih cuba membantunya memakai pakaian, kasut dan sebagainya.

Sikap Perlu Ada Untuk Anak Kecil

6. Pandai beremosi

Pantang silap, cepat sangat dia sentap! Si kecil sudah pandai menunjukkan beberapa emosi seperti cemburu, teruja, takut, gembira dan marah terhadap situasi yang dihadapinya.

7. Kurang pentingkan diri sendiri

Kadang kala macam tak percaya pula si kecil boleh berkongsi makanan atau alat permainannya dengan kawan lain tanpa disuruh. Perilakunya yang kurang mementingkan diri sendiri dan mula memikirkan kesan tindakannya kepada orang lain sangat mengagumkan.

8. Mudah bekerjasama

Anak usia ini lebih mudah bertenang dan bekerjasama dengan ibu bapanya dalam sesuatu hal yang diarahkan. Kuranglah rasa tertekan ibu bapa terutama apabila berada di khalayak ramai.

9. Cenderung untuk rapat dengan rakan kesukaannya

Si manja sudah pandai membuat pilihan dan menunjukkan apa yang dia suka atau tidak. Contohnya jika anda membawanya bermain dengan rakan kesukaannya maka dia akan menunjukkan keceriaan pada riak wajahnya tetapi jika bersama kawan yang dia tidak biasa, si kecil akan berdiam diri dan mengambil masa sebelum mahu memulakan permainan.

Sikap Perlu Ada Untuk Anak Kecil
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗