. . .
IMG 20170602 WA0001

SENANGNYA MELATIH ANAK BERPUASA

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Sumber >>> ((( Dari Sini )))

SENANGNYA MELATIH ANAK-ANAK BERPUASA

Berpuasa di Bulan ramadhan adalah satu ibadah wajib dan Salah satu rukun islam.Membentuk dan mendidik anak-anak kita berpuasa adalah satu tanggungjawab ibubapa.Bagaimana untuk membina minat anak-anak berpuasa dari kecil tanpa memaksa mereka berpuasa.

Walaupun berpuasa ini hanya kepada mereka yang sudah baligh,tetapi latihan seawal anak-anak masih kecil amat memainkan peranan untuk membentuk satu pemahaman tentang kenikmatan ibadah ini dan biasanya anak-anak sudah mampu belajar berpuasa seawal usia lima tahun dimana pemahaman mereka telah mula mencapai satu tahap kematangan.

Antara perkara yang perlu kita terapkan dalam diri anak-anak ialah

1) Membentuk kesedaran kepada anak-anak bagi menanam sikap bersyukur dengan apa yang dimiliki dan membentuk sikap simpati pada yang lain dengan menerangkan keadaan mereka yang senang dan susah.

2) memberi pendedahan amalan berpuasa dari awal lagi dengan mengejutkan anak-anak untuk bangun bersahur bersama-sama dalam suasana yang menyeronokkan dimana sekeluarga makan sambil bercerita tentang kelebihan puasa kepada mereka walaupun mereka tidak berpuasa lagi,pendedahan awal sebegini amat memberi kesan kepada anak-anak malahan boleh menyebabkan kanak-kanak ini cuba berpuasa.

3) jangan terlalu mendesak dan biarkan sahaja mereka berpuasa walaupun hanya untuk tempoh 2-3 jam sahaja dan cuba secara perlahan-lahan panjangkan waktu puasa dengan memberikan ganjaran seperti hadiah kesukaan mereka.tindakan ini pasti dapat mendorong mereka untuk cuba berpuasa lebih lama.

4) jangan lupa untuk berikan pujian.Ianya juga merupakan salah satu cara berkesan untuk galakkan kanak-kanak berpuasa.Ini akan memberi semangat kepada mereka untuk berpuasa lebih lama.

5) Dari segi penyediaan makanan pula, pastikan sewaktu bersahur dan berbuka disediakan makanan kegemaran mereka, sebaiknya tidak terlalu berminyak atau pedas.Sebaiknya diterapkan bersama-sama amalan sunnah seperti kurma dan makanan dan minuman yang memberi kanak-kanak rasa kenyang lebih lama seperti susu kambing.Selain mencegah dari sakit perut ianya juga mengelakkan masalah sembelit.Ini akan membolehkan kanak-kanak boleh berlatih berpuasa dengan lebih selesa.

Ibadah adalah sesuatu yang menyeronokkan dan itulah pesanan yang perlu dijadikan tujuan utama pendidikan dalam melatih anak-anak berpuasa supaya mereka tidak merasa terpaksa dalam berpuasa dan melakukan ibadah.Kelak ia akan sebati menjadi satu ibadah yang terbit dalam keikhlasan diri.

JADIKAN SUNNAH SATU AMALAN
DIDALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN

Klik >>> ((( Sini Sekarang )))

IMG-20170602-WA0001

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗