. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Sarapan Pagi Mampu Buat Anak Bijak

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Sarapan Pagi Mampu Buat Anak Bijak
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Adakah anak anda selalu meragam apabila di suruh sarapan pagi? Oleh kerana si kecil buat perangai maka anda juga malas hendak melayan kerenahnya maka sudahnya tiadalah sarapan pagi untuk anak.

Sebelum anda juga ‘naik angin’ dengan karenah anak di waktu pagi, lebih baik baca fakta tentang kebaikan sarapan pagi kepada anak terutama yang sudah bersekolah. Lebih menarik sarapan pagi mesti diambil sebelum jam 9 pagi.

Tak sempat sediakan sarapan? Tak perlu masak nasi goreng, nasi lemak atau mee goreng, cukup sediakan si kecil hidangan roti bakar, buah atau bijirin dan susu.

Ini 5 fakta yang mungkin membuatkan anda lebih gigih untuk bangun awal bagi menyiapkan sarapan pagi untuk anak.

1. Sarapan mempengaruhi prestasi anak di sekolah

Anak yang memulakan hari dengan sarapan pagi akan lebih bersemangat dan ceria untuk ke sekolah kerana telah makan terlebih dahulu. Ini mempengaruhi prestasi pembelajaran mereka di sekolah.

2. Kesan luar biasa bagi anak ketika melakukan aktiviti di sekolah

Dengan pengambilan makanan di awal pagi, anak menjadi lebih bertenaga dan cergas untuk melakukan aktiviti sepanjang berada di sekolah.

3. Badan memerlukan sumber tenaga

Selepas enam hingga tujuh jam berehat dan tidur pada waktu malam tanpa melakukan sebarang aktiviti sudah tentu badan memerlukan sumber tenaga pada waktu pagi. Dengan mengambil sarapan, anak anda lebih bertenaga dan aktif untuk rajin pergi ke sekolah dan lebih ceria.

Sarapan Pagi Mampu Buat Anak Bijak

4. Daya pemikiran lebih tinggi

Anak yang bersarapan akan memiliki daya pemikiran dan kemampuan mengingat yang lebih tinggi. Sudah tentu ia faktor penting membantu mereka menerima pelajaran di sekolah dengan lebih baik.

5. Sokong stamina sepanjang hari

Badan memerlukan nutrisi baru sepanjang hari untuk menyokong stamina dan kosentrasi sepanjang hari sekolah.

Jom buat sarapan pagi berkhasiat. Cuba menu mudah berkhasiat ini.

Mufin Keju

Bahan-bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 cawan keju parut
Sedikit serbuk lada hitam
1 biji telur
1/2 cawan yogurt
1/2 cawan susu
1/4 cawan mentega dicairkan

Cara menyediakan

1. Sapu sedikit mentega dan tepung pada bekas mufin.
2. Campur tepung gandum, gula, baking powder, garam, keju parut dan serbuk lada hitam. Kemudian gaul rata.
3. Dalam mangkuk berasingan pecahkan sebiji telur, campur yogurt, susu, mentega dicairkan dan gaul rata.
4. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul rata hingga sebati.
5. Masukkan sesudu adunan ke dalam bekas mufin.
6. Bakar dalam oven bersuhu 190 darjah selsius lebih kurang 20 hingga 25 minit atau sehingga berwarna kekuningan.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Sarapan Pagi Mampu Buat Anak Bijak

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗