. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Risiko Bayi Pra Matang

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Tidak semua kelahiran akan dijangkakan tepat pada waktunya. Sesetengah ibu yang mengalami komplikasi mungkin berpotensi untuk melahirkan bayi lebih awal dari yang sepatutnya. Bayi pra-matang ialah bayi yang dilahirkan sebelum mencecah 36 minggu, di mana sesetengah organ dalamannya belum lagi matang sepenuhnya.

Semakin awal bayi dilahirkan, semakin tinggilah risiko masalah kesihatan yang akan dihidapi. Oleh itu, ibu-ibu yang melahirkan bayi pra-matang haruslah peka dengan masalah-masalah tersebut. Ketahui beberapa risiko bayi pra-matang yang ibu bapa perlu bersiap sedia sebagai ilmu tambahan di dalam kehidupan berkeluarga

1. Jaundis
Masalah ini kerap berlaku kepada bayi pra-matang. Ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi sekiranya tahap jaundis terlalu tinggi boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak ataupun kecacatan pendengaran.

2. Apnea
Keadaan ini ialah di mana bayi akan berhenti bernafas. Pada masa tersebut, denyutan jantung bayi adalah pada kadar yang sangat perlahan. Bayi kemungkinan akan pucat dan kelihatan biru. Apnea sering berlaku pada bayi yang berumur kurang dari 30 minggu. Bayi akan disuntik ubat merangsang sistem pernafasannya sekiranya apnea sering berlaku dengan kerap.

3. Anemia
Kebanyakan bayi pra-matang akan mengalami anemia. Ini boleh menyebabkan bayi tidak membesar dan jika tahap anemia serius boleh menyebabkan kegagalan jantung

4. Respiratory Distress Syndrome
Masalah ini kerap berlaku kerana paru-paru yang belum matang maka bayi mengalami kesukaran untuk bernafas. Ia boleh diatasi dengan ubat yang bertindak membuka paru-paru agar berfungsi dengan lebih baik. Kesukaran bernafas yang berterusan memerlukan alat bantuan pernafasan.

5. Jangkitan
Risiko jangkitan adalah sangat membimbangkan. Ini kerana bayi belum cukup matang untuk melawan penyakit sebaik bayi yang dilahirkan cukup bulan. Jangkitan boleh berlaku sebelum bayi lahir, semasa proses melahirkan atau selepas melahirkan. Pengendalian bayi pra-matang adalah sangat teliti untuk mengelakkan sebarang jangkitan yang tidak diingini.

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

6. Patent Ductus Arteriosus (PDA)
Duktus arteriosus ialah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta di jantung. Bayi pra-matang berisiko mengalami masalah jantung, bergantung kepada saiz PDA. Terdapat ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Alternatif lain ialah pembedahan, sekiranya ubat gagal membantu.

7. Retinopathy of Prematurity
Bayi pra-matang mempunyai retina yang sensitif. Ia boleh cedera dan menyebabkan masalah penglihatan yang serius

Semoga dengan perkongsian ini, diharap ibu bapa yang mempunyai anak pra-matang ketika ini dapat bersabar dan bertawakkal kepada Allah SWT. InsyaAllah bayi anda akan membesar dengan baik dan sihat seperti bayi yang lahir normal. Yang penting, jangan lupa doa ya ibu. Doa ibu pasti dimakbulkan insyaAllah

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗