. . .
Screenshot 2017 06 05 15 48 04

Rezeki Tak Disangka-Sangka Di Bulan Ramadhan

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Teringat aku satu kisah sewaktu aku kecil semasa bulan ramadhan. Macam biasa diwaktu petang ibu ku sibuk menyiapkan juadah untuk berbuka, aku pulak hanya memerhatikan sahaja.

Aku bertanya kepada ibu ku ” ibu hari ni masak apa?”. Ibu ku membalas ” hari ni kita masak lauk ni”. Kata ku lagi ” alah sikitnya, mana cukup. Kata ibu lagi ” cukup, jangan tamak , ada rezeki nanti Allah beri”. Setelah siap hidangan yang dimasak, ibu memangil ku dan menyuruh aku menghantarkan makanan tersebut ke rumah jiran. Kata ku lagi ” dah sikitlah tinggal kalau bagi kat jiran, mana cukup. Ibu membalas ” sabar, cukup  ada rezeki kita tengoklah nanti”.

Aku menghantar juadah yang ibu pesan ke rumah jiran. Setelah memberi salam, jiran ku keluar dan mengabil juadah dari tangan ku. Kata jiran ku ” tunggu sekejap ye”. Aku pun menanti dan tak lama selepas itu jiran keluar dengan memulangkan semula bekas juadah yang ku beri tadi. Aku selak penutup bekas tu, ” wah laksa” bukan gembira lagi, yelah makanan kegemaran ku. Aku pulang ke rumah dan memberikan bekas juadah itu kepada ibu.

Sampai waktu berbuka puasa, ibu memangil untuk berbuka. Aku hairan, ” banyaknya makanan macam mana boleh banyak, bukan ibu masak sikit ker tadi”? kata ku kehairanan. Ibu ku tersenyum dan berkata” inilah rezeki dibulan ramadhan, yang lauk sana tu, jiran sebelah kanan yang beri, yang itu jiran sebelah kiri yang bagi. Aku pulak rasa macam nak habiskan semuanya juadah tersebut, tapi baru makan 2 jenis juadah dah tak larat.

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarat dikampung bertukar-tukar juadah dengan jiran. Barulah aku paham akan rezeki dan rezeki tu Allah boleh datang dalam macam-macam cara.

Nukilan
Mohd Hafez Kamuridin
Sumber ~ ((( Klik Sini )))

Screenshot_2017-06-05-15-48-04

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗