. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Resepi Anak Cepat Sembuh Dari Sakit

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Resepi Anak Cepat Sembuh Dari Sakit
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Selera makan si kecil pasti akan berkurangan apabila dia tidak sihat. Mudah sahaja berat badannya akan turun mendadak. Risau hati ibu apabila anak kesayangan tak lalu makan.

Walaupun anak yang tidak sihat perlu makan bagi memastikan dia memperolehi segala khasiat untuk kembali sihat tetapi jangan memaksanya! Kebanyakan kanak-kanak yang tidak sihat akan hanya menerima menu yang mereka sudah biasa sahaja.

Dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, mudah untuk anak kecil dijangkiti virus demam, batuk dan selesema. Pastikan mereka tetap mendapat cecair yang cukup bagi mengelakkan sebarang gejala penyahidratan yang boleh memudaratkan.

Kalau anak tak ada selera makan atau minum susu, ia memang normal. Mungkin tekak mereka pedih dan sakit. Walaupun tidak memaksa anak untuk makan tetapi anda tetap perlu memastikan si kecil terus mendapat khasiat daripada makanan yang sihat.

Berikut antara menu pilihan untuk anak-anak yang sedang dijangkiti penyakit demam, selesema dan sakit tekak.

1. Sup Ayam Tanpa Minyak

Bahan-bahan

  • 500 gram tulang ayam
  • 1 sudu besar bawang besar (dihiris)
  • Air secukupnya

Cara memasak

  1. Rebus tulang ayamm dengan air dan bawang.
  2. Masak dengan api perlahan sehingga isi ayam luruh daripada tulang.
  3. Sejukkan, tapis dan simpan dalam peti ais apabila sudah sejuk.
  4. Anda boleh buang minyak di permukaan sup dengan mudah apabila ia telah sejuk.
  5. Panaskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Sup ini sesuai untuk anak-anak yang demam bagi membolehkan mereka terus mendapat cukup cecair dalam badan bagi mengelakkan berlaku pernyahidratan.

2. Bubur Ikan

Resepi Anak Cepat Sembuh Dari Sakit

Bahan- bahan

  • Secawan beras
  • Sekeping isi ikan
  • 1 cm halia (dihiris nipis)

Cara memasak

  1. Cuci bersih beras, kemudian masak dalam air yang secukupnya dalam api perlahan sehingga menjadi bubur.
  2. Dalam kuali berasingan, tumis hirisan halia kemudian masukkan isi ikan yang sudah dipotong dadu.
  3. Selepas bubur siap, masukkan tumisan ikan ke dalam bubur.
  4. Siap untuk dimakan.

Bubur berkhasiat ini sesuai sekiranya anak anda mempunyai masalah sakit tekak yang menyukarkan dia mengunyah makanan keras.

3. Pisang Lenyek & Aiskrim

Bahan-bahan

  • Sebiji pisang masak
  • 1 skup aiskrim vanila

Cara menyediakan

  1. Lenyek pisang menggunakan garfu.
  2. Letak aiskrim di atas pinggan dan susun pisang di sekelilingnya.

Anak anda tetap mendapat khasiat daripada pisang dan aiskrim vanila walaupun ketika dia sedang sakit tekak.

4. Sup Ikan & Tofu

Bahan-bahan

  • 250 gm isi ikan (potong bentuk kiub)
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 1 keping tofu lembut (potong bentuk kiub)
  • 1 liter stok ayam
  • 75 gm cendawan (dipotong)
  • 2 sudu besar lobak merah (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • Sedikit garam, serbuk lada putih, beberapa titis minyak bijak dan kicap untuk perasa

Cara memasak

  1. Perap ikan dengan sedikit garam dan jus lemon.
  2. Masukkan tepung jagung dalam beg plastik. Masukkan ikan dan goncangkan beg sehingga ikan tersalut dengan tepung jagung.
  3. Panaskan stok ayam dan masukkan ikan, tofu dan sayuran. Biarkan mereneh kira-kira lima minit.
  4. Tambahkan perasa dan biarkan mereneh lima minit lagi.
  5. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau dalam sup.
  6. Sedap dihidangkan bersama nasi lembut yang panas.

Selera anak yang sakit mungkin boleh dibangkitkan kembali dengan hidangan menyelerakan ini.

5. Kastard Telur

Bahan-bahan

  • Sebiji telur
  • 120 ml susu
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu kecil esen vanila

Cara memasak

  1. Pukul telur dengan gula.
  2. Tambahkan susu dan esen vanila.
  3. Masukkan adunan dalam mangkuk kecil atau acuan. Kukus kira-kira 30 minit sehingga ia masak.

Pencuci mulut ini mungkin digemari oleh anak yang enggan makan ketika tidak sihat

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Resepi Anak Cepat Sembuh Dari Sakit

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗