. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Rasa Gigi Ngilu Ketika Hamil

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Rasa Gigi Ngilu Ketika Hamil
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Ketika mengandung, perubahan hormon dalam badan membuatkan bakal ibu mengalami pelbagai perubahan diri. Ada ibu hamil yang akan merasa sakit pada giginya. Dengan kata lain perubahan hormon mengandung membuatkan gigi menjadi lebih sensitif terutama ketika makan dan minum.

Bahkan ada yang lebih teruk, mengalami gusi berdarah dan gigi ngilu sepanjang kehamilan. Selain daripada itu adalah normal ibu hamil berasa malas untuk memberus gigi berbanding saat tidak hamil. Keadaan tersebut menambahkan lagi gangguan kesihatan gigi semasa mengandung.

Sebenarnya kenapa gigi wanita mengandung menjadi sangat sensitif? Gigi sensitif adalah keadaan yang disebabkan oleh terbukanya dentin kerana enamel yang menipis atau gusi menurun.

Rasa Gigi Ngilu Ketika Hamil

Rasa ngilu pula muncul kerana dentin mempunyai saluran-saluran yang sangat kecil dan saling berhubungan dengan saraf gigi. Biasanya ibu hamil yang menderita masalah gigi sensitif akan merasakan sakit ngilu yang teruk ketika sedang menikmati makanan dan minuman panas atau sejuk. Bahkan adakalanya makanan atau minuman manis juga menyebabkan gigi rasa ngilu.

Masalah gigi ngilu boleh menyebabkan ibu hamil berasa tidak selesa dan boleh menganggu aktiviti harian. Kebanyakan masalah gigi ngilu atau sensitif dikatakan berpunca daripada kesilapan memberus gigi. Oleh itu ibu hamil disarankan tidak memberus gigi dengan kuat dan kasar kerana ia akan membuatkan gusi turun dan enamel menipis. Kesan buruk ekoran masalah gigi sensitif jika tidak dirawat segera boleh membuatkan gangguan saraf pada gigi dan gigi jadi semakin menipis.

Rasa Gigi Ngilu Ketika Hamil
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗