. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Persiapan Menjelang Bersalin

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

039

Berikut beberapa hal yang boleh dilakukan dalam rangka persiapan menjelang bersalin baik fizikal, kesihatan atau pun dari segi sokongan mental :

Mengambil Makanan Berkhasiat
Bagi ibu hamil yang sedang menjalani persiapan bersalin ini untuk mengambil makanan yang mengandung banyak vitamin dan kandungan gizi yang diperlukan baik itu untuk kesihatan ibu hamil & janin yang dikandung. Tentunya persiapan dalam hal menjaga kesihatan serta kecukupan gizi ini dilakukan sejak awal dalam kandungan. Bukan saja sewaktu menjalani proses persiapan menjelang kelahiran saja. Hindari makanan yang akan berpotensi mengganggu kesehatan baik bagi ibu maupun janin. Diantara yang harus dihindari ibu hamil adalah alkohol, makanan dengan berbahan pengawet, dan juga makanan yang mengandung merkuri.

Olahraga Ringan
Menjaga kesegaran tubuh ibu hamil dengan melakukan beberapa olahraga yang ringan saja. Kegiatan olahraga ini adalah dalam rangka menjaga kesehatan serta juga kesegaran bagi sang ibu. Olahraga ringan bagi ibu hamil antaranya adalah berjalan kaki di pagi hari atau petang sekitar rumah atau taman.

Senaman Hamil
Ketika trimester yang ketiga atau pada usia kehamilan yang telah melewati 7 bulan, sebaiknya lakukan senam hamil yang fokusnya adalah mengatur posisi, mengatur nafas, dan juga cara meneran yang betul. Itu adalah beberapa manfaat dari senam hamil.

038
Persiapan Mental
Persiapan psikologi adalah yang paling penting bagi seorang ibu yang akan melahirkan. Apalagi pada seorang ibu muda yang akan melahirkan anak pertama. Persiapan mental juga merupakan faktor terpenting dalam mempersiapkan persalinan termasuk di dalamnya sokongan suami. Dalam hal ini meminta suami mendampingi dalam proses kelahiran bayi.

Doa
Satu hal yang paling tidak boleh dilupakan dalam hal persiapan menjelang kelahiran dan bersalin tentunya adalah dengan berdoa agar nantinya dalam proses bersalin berjalan dengan lancar dan bagi ibu hamil serta anak yang dilahirkannya dalam keadaan sihat.

Makanan Pemberi Tenaga
Apabila sudah terasa kontraksi perlahan bolehlah mengambil buah seperti pisang, kurma, kismis kerana buah-buahan ini mampu memberi tenaga ketika proses bersalin nanti. Makan dalam kuantiti yang sederhana, ambil sedikit daging dan sayur-sayuran. Anda perlukan tenaga yang sangat banyak ketika proses bersalin nanti. Elakkan gemuruh, pastikan tenaga ibu mencukupi, jangan sampai tak makan langsung kerana terlalu memikirkan proses bersalin.

Jika sudah keluar tanda seperti pecah ketuban, keluar lendir darah segeralah ke hospital berdekatan, jika tanda seperti ini tidak ada, kontraksi yang kerap juga menandakan anda sudah perlu ke hospital dengan segera.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗