. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Permainan Manipulatif

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Tahukah anda apakah itu permainan manipulatif?

Manipulatif adalah satu bentuk permainan pembelajaran yang memerlukan anak untuk membina atau membentuk sesuatu dengan menyambung bahagian tertentu permainan tersebut. Permainan ini membantu anak untuk membina kemahiran motor halusnya terutama pergerakan tangan. Permainan ini juga melibatkan pergerakan otak dan anak mata.

Contoh Permainan Manipulatif

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™
Apakah Kebaikan Permainan Manipulatif?

1. Anak dapat melatih otot-otot halusnya terutama di bahagian jari jemari bagi membina kemahiran motor halusnya. Ini amat penting supaya anak akan mudah memegang pensil dan kemudian pandai menulis.

2. Anak akan cuba memberikan penumpuan terhadap permainannya kerana permainan ini memerlukan anak untuk menyambung, membentuk dan sebagainya. Ini melatih konsentrasi dan pergerakan otaknya.

3. Anak akan dapat memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah dan memikirkan cara yang paling baik untuk menyambung dan membentuk.

4. Permainan ini baik untuk pergerakan matanya kerana dia mungkin akan melihat benda yang kecil dan berwarna.

5. Permainan ini akan mengenalkan anak kepada konsep bentuk, saiz, berat, ketinggian mahupun kelebarannya.

6. Anak juga dapat memahirkan diri dalam konsep mengira (matematik)

7. Kemahiran sosialnya juga akan meningkat kerana dia perlu bercakap untuk menghasilkan sesuatu atau meminta bantuan daripada orang lain.

Semoga ini dapat memberikan idea untuk anda membuat aktiviti bersama anak di rumah.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗