. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Mainan tidak semestinya yang mahal-mahal belaka. Kalau ada duit lebih, tidak salah untuk membelikan anak permainan Fisher’s Price. Namun, kriteria yang penting ialah yang dapat membantu pembesaran fizikal dan minda, selain disukai oleh anak.

Selain dari faktor fungsi permainan itu sendiri, harga juga memainkan peranan yang penting untuk ibu-bapa yang berpendapatan sederhana.

MAINAN KANAK-KANAK YANG MURAH

Oleh itu, ibu-bapa perlu kreatif. Cuba permainan ‘DIY‘ seperti ini yang cuma memerlukan modal tidak sampai RM10!

1. BUBBLE WRAP

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Cuma guna ‘bubble-wrap‘ dari lebihan ‘packaging’, ajak anak buat seni yang tersendiri

2. JENGA DIY

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Tak perlu beli Jenga mahal-mahal, boleh buat sendiri. Bila anak mengamuk dan baling, juga tidak akan mencederakan sesiapa. Hanya gunakan span jenis keras dan di potong panjang.

3. FUR-STICKS

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Memang ‘confirm‘ anak anda akan leka main benda begini. Mana nak cari fur-sticks ni? Cuba cari di mana-mana kedai alatulis. Mesti ada jual punya.

 

4. KHEMAH DALAM RUMAH

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Ala-ala ‘camping’ di hutan kononnya ( yang ini mahal sedikit kerana kena beli khemah ). Kalau nak yang murah, pakai selimut pun boleh.

5. PING-PONG BELON

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Main ‘ping-pong’ belon yang besar. Kalau dua-dua lelaki, silap-silap boleh gaduh!

6. LUMBA GULI GUNA ‘WATER NOODLE‘

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Beli ‘water noodle’ yang orang buat berenang dan belah dua. Boleh lawan lumba guli! Anda boleh dapatkan water noodle ini di Toys R Us atau di Lazada.

7. PAPAN GELONGSOR

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Baru beli peti sejuk baru dan ada kotak? Cuba buat gelongsor dalam rumah yang akan buat anak-anak ketawa! Mainlah sampai kertas tebal itu jadi lembik.

8. IKAT BENANG

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Konon-konon macam nak lepaskan diri dari laser yang berbahaya

9. RACING TRACK

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Anak suka main kereta mainan? Nah, cuba buat trek dengan sellotape yang hanya bermodalkan beberapa ringgit sahaja. Sesuai dengan anak lelaki. Mesti mulut dia tak berhenti berbunyi.

10. TOILET PAPER ROLL

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Hanya lekat di dinding. Nampak mudah dan ‘simple‘, tapi percayalah, anak anda akan sibuk main benda ni siang malam.

 

11. RING TOWER / COLOUR BLOCK

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Mudah sahaja. Susun yang besar di bawah dan yang kecil di atas.

12. FUR-BALLS

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Ini pun mudah juga. Cuma beli fur-balls dan biarkan anak berimaginasi dengan warna. Tentu dia tidak senang duduk bila nampak warna-warna bercampur.

13. BATANG AISKRIM

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Warnakan dulu batang aiskrim mengikut warna yang anak tahu. Sambil-sambil dia sorting colour, dia boleh kukuhkan pengetahuan tentang warna.

 

14. PENYEPIT BAJU

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Sepit baju pun boleh jadi mainan kanak-kanak? Tentu sekali. Bila dapat main sepit-sepit, lebih-lebih lagi yang berwarna, mesti terleka.

15. GETAH IKAT RAMBUT (HAIR BAND)

Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

Biasanya, getah ikat rambut main campak-campak dan bersepah di rumah. Apa kata kita beli satu bundle yang ada banyak warna, cuba bagi anak main. Idea yang sangat menarik!

AKHIR KATA

Tidak perlu beri barang-barang yang mahal untuk anak-anak. Bukan wang atau harga yang menjadi ukuran, tetapi nikmat dalam bermain. Bila kanak-kanak sibuk dan leka bermain, ibu juga senang untuk buat kerja rumah yang lain.

Semoga berjaya 🙂

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Permainan DIY Yang Mampu Buat Anak Leka

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗