. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Perkembangan Kanak-Kanak

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Perkembangan Sosial-Emosi
Apabila mencecah usia 18 bulan (setahun setengah) anak anda biasanya:

  • Gemar meneroka apa yang ada disekeliling mereka. Mereka akan menyentuh dan menarik apa sahaja objek yang dapat dilihat dan dicapai
  • Menyukai sentuhan fizikal seperti pelukan dan belaian
  • Emosi mereka boleh berubah dengan mendadak, dari gembira kepada sedih dan sebaliknya
  • Takut kepada orang yang tidak dikenali
  • Menunjukkan kebergantungan yang kuat terhadap ibu bapa (strong attachment)
  • Tidak suka apabila ditinggalkan oleh ibu atau bapa dan mungkin menjadi ‘clingy’ apabila ibu bapa pulang.

Apabila mencecah usia 2 tahun, mereka biasanya:

  • Mula meneroka dengan lebih aktif lagi seperti membuka pintu dan laci
  • Bermain berhampiran dengan kanak-kanak lain, tetapi belum lagi bermain bersama-sama ( kecuali dengan kanak-kanak lebih tua yang pandai menyesuaikan cara bermain mereka dengan kanak-kanak 2 tahun )
    tidak pandai berkongsi
  • Sangat takut dengan perpisahan/ditinggalkan
  • Gemar pada sesuatu yang dapat membuatkan mereka berasa selesa/selamat seperti anak patung/selimut

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Perkembangan Motor
Apabila mencecah usia 18 bulan, anak anda biasanya:

  • Sudah dapat berjalan dengan cekap, tetapi mungkin jatuh apabila cuba berlari laju
  • Dapat memanjat perabot yang rendah
  • Boleh menolak permainan seperti troli
  • Boleh menyusun sesuatu permainan seperti block diatas yang satu sama lain
  • Mula menconteng dengan pensil ( awasi dinding rumah anda )
  • Berupaya mengambil/mengutip objek kecil

Apabila mencecah usia 2 tahun, mereka biasanya:

  • Boleh berlari dengan pantas tanpa jatuh ketika mengubah arah atau berhenti
  • Boleh mencangkung dengan stabil ketika mengambil barang diatas lantai
  • Berupaya mengangkat kerusi kecil untuk diletakkan berhampiran meja, dan duduk di atas kerusi tersebut
  • Berupaya berjalan mengundur kebelakang sambil menarik troli atau permainan

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Perkembangan Bahasa
Apabila mencecah usia 18 bulan, anak anda biasanya:

  • ‘Membebel’ dengan kuat sama ada kepada diri sendiri atau orang lain seolah-olah sedang berbual
  • Mendengar apa yang diperkatakan kepada mereka dan dapat memahami sesetengah perkataan seperti ‘jangan’
  • Boleh mengikuti beberapa arahan mudah
  • Boleh mengenali dan menunjuk kearah beberapa objek dengan tepat apabila nama objek disebut
  • Menggunakan 6 atau lebih perkataan walaupun kurang tepat sebutannya

Apabila mencecah usia 2 tahun anak anda biasanya:

  • Boleh menggunakan sehingga 50 perkataan yang dapat difahami
  • Mendengar apa yang diucapkan kepada mereka
  • Mula menggunakan dua patah perkataan seperti ‘baju emak’
  • Ikut menyanyi lagu yang biasa didengari
  • ‘Membebel’ apabila bermain tetapi dengan beberapa perkataan yang boleh difahami

Apapun, kita harus ingat bahawa setiap anak itu unik dan berbeza. Berikan mereka ruang dan peluang untuk belajar sesuatu yang baru dan berikan ransangan yang terbaik untuk mereka. Semoga bermanfaat 🙂

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗