. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Perkara Ibu Hamil Bakal Mengalami

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Perkara Ibu Hamil Bakal Mengalami
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Bagi seorang wanita yang sudah berkahwin, tiada yang lebih membahagiakan selain daripada pengesahan tentang dirinya bakal bergelar ibu. Dalam mengharungi suka duka untuk bergelar ibu, wanita hamil kadang kala terpaksa merahsiakan segala perubahan yang dialami demi kasih sayangnya kepada anak dalam kandungan dan suami tercinta.

Asyik Ke Bilik Air
Tidak sah namanya jika wanita hamil tidak ke bilik air lebih daripada lima kali sehari untuk buang air kecil sahaja. Sejak disahkan mengandung sehinggalah ke saat-saat hendak melahirkan anak, bilik air seolah-olah teman akrab ibu hamil. Paling tidak tahan, ketika sedang asyik lena tidur di tengah malam, ibu hamil perlu terkial-kial bangun untuk ke bilik air.

Mata Rabun
Pertambahan hormon menyebabkan mata kering, gatal dan tak selesa bagi wanita yg menggunakan kanta lekap. Untuk rasa lebih selesa, kurangkan waktu bekerja di depan komputer dan kerap cuci mata.

Payudara Terasa Sengal
Sakit berdenyut-denyut sama seperti hendak datang haid. Ia sebenarnya proses payudara bersiap untuk proses penyusuan susu bagi bayi yang akan lahir. Saiz payudara juga akan semakin membesar mengikut usia kehamilan.

Perkara Ibu Hamil Bakal Mengalami

Gusi Berdarah
Ada ibu hamil yang akan mengalami masalah gusi kerap berdarah terutama ketika memberus gigi. Walaupun semasa mengandung, ibu terasa malas hendak menggosok gigi, namun penjagaan gigi mesti dititikberatkan untuk mengelakkan berlaku masalah lain.

Rambut Lebih Lebat
Ramai wanita hamil mengalami hormon yang menyebabkan rambut menjadi lebih lebat, berkilau dan lebih cantik. Bahkan ada segelintir turut melalui fasa rambut di seluruh tubuh turut tumbuh lebat. Jangan risau, ia akan gugur selepas ibu melahirkan anak.

Kerap Terlupa
Masalah ini hanya sementara tapi bagi sesetengah kes ia boleh berkekalan. Gejala mengulang semula apa yang dicakapkan dan lupa kata-kata akhir sendiri adalah gejala biasa yang mungkin dialami oleh sesetengah ibu hamil.

Kulit Hitam
Ada wanita yang mengalami bercak gelap di dahi atau di bahagian tubuh lain. Masalah ini dikenal sebgai chloasma atau melasma disebabkan hormon yang mengganggu pigmentasi kulit. Ia tidak berbahaya dan hanya bersifat sementara.

Masalah Kekejangan
Masalah yang selalu berlaku semasa hamil adalah kejang tangan semasa bangun tidur. Hal ini disebabkan nadi yang tertekan sehingga terasa seperti ditusuk jarum dan kebas. Ada sesetengah kes, kaki juga akan mengalami kejang semasa tidur atau ketika bangun tidur.

Perut Terasa Panas
Perut terasa panas adalah gejala normal terutama di akhir kehamilan. Ini kerana ibu kerap makan atau minum sebelum tidur.

Masalah Sembelit
Ia juga masalah normal dan kerap berlaku kepada wanita hamil, bagaimanapun ada wanita yang kurang mengalaminya. Mungkin disebabkan dia mengamalkan banyak minum air masak dan makan buah-buahan.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Perkara Ibu Hamil Bakal Mengalami

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗