. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Panduan Anak Rajin Ke Sekolah

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Masalah ini sudah sangat sebati dalam masyarakat kita. Terutama di sekolah-sekolah biasa.Daripada 100 orang anak murid, mungkin hanya 20 orang bersemangat untuk belajar. Selebihnya datang kerana mak suruh. Orang lain pergi sekolah, maka dia pun memaksakan diri ke sekolah.

Belajar atau tidak, itu lain cerita. Cikgu lambat je masuk, dia dah ready melepak dengan geng kat depan tangga. Tak pun cari gaduh sampai kecoh kelas dibuatnya. Yang perempuan sibuk gosip, dating entah kat mana-mana. Bukan di sekolah saja, di universiti pun sama.

Satu hari saya tanya anak didik, yang masa tu gagal dalam satu ujian. Soalan saya mudah saja – kenapa dia belajar? kenapa dia masuk universiti? Jawapannya juga mudah – dia pun tak tahu kenapa. Dia dapat offer, dia masuklah.

Patutlah dia gagal.

Kalau kita tidak tahu, apa sebab kita belajar, bagilah teknik dari angkasaraya pun, jawabnya usaha tetap ciput-ciput. Malas pergi kelas. Homework buat cukup makan, tu pun tiru kawan. Hasilnya, lagi banyak C- dari A.

Bila saya dapat semua A dalam UPSR, PMR, dan SPM, keluar universiti dengan cgpa 3.818 (degree) dan 3.952 (Masters) (Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah). Saya tak kata saya pandai. Tapi, dengan pertolongan dari Tuhan, saya belajar bersungguh-sungguh, sebab saya TAHU KENAPA saya mesti berjaya.

Waktu itu, keluarga sangat susah. Emak berpenat petik buah kopi untuk pastikan ada makanan untuk saya setiap hari. Kerengga, nyamuk, panas, semak. Itulah peneman emak saban hari semata-mata untuk menyekolahkan saya.

Dari kecil, saya semat kemas-kemas dalam hati – bila saya habis belajar nanti, emak dah tak perlu ke kebun lagi. Rumah usang itu akan saya ganti dengan yang baru. Saya akan bawa mak naik kereta saya, tak payah mak penat-penat kayuh basikal lagi.

Syukur Alhamdulillah, Tuhan memang Sangat Baik. Belum pun masuk universiti, Dia capaikan impian saya untuk bagi mak duit bulan-bulan. Dengan elaun biasiswa jpa tu, saya pujuk emak untuk berehat saja di rumah. Mac 2009, emak masuk ke rumah barunya.

Bila anak saya kurang berminat untuk belajar, saya tahu sebabnya. Dia tidak nampak, tidak tahu kenapa dia mesti belajar bersungguh-sungguh dan jadi manusia berguna. Walaupun kami bukan kaya raya, tapi kesusahan itu tidak terlihat padanya. Jadi, macamana saya nak buat?

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Akhirnya saya menjumpai jawapannya selepas kami membawanya pada satu malam ke program Pertiwi Soup Kitchen, yang menemukan sukarelawan dengan golongan gelandangan untuk di bantu apa yang boleh. Agihkan dinner, potongkan rambut, rawat sakit mereka. Semuanya free.

Waktu itu, dia begitu asyik melihat sekumpulan doktor-doktor sukarelawan merawat golongan gelandangan tersebut. Ada yang kaki luka, demam, perlukan vitamin. Macam-macam rupa, macam-macam kisah.

Saya ajak pulang, dia tidak mahu. Duduk dan matanya tidak berganjak dari melihat mereka.

Selepas itu, suatu hari, dalam kereta dia memberitahu saya. Dia nak jadi doktor. Dia nak tolong orang susah. Macam doktor-doktor Soup Kitchen tu. Saya betul-betul terkejut. Dalam hati – wah. Dia ingat lagi? Rasanya dah lama berlalu. Begitu sekali kesannya pada dirinya.

Alhamdulillah. Inilah yang saya cari-cari selama ini. Untuk cari sebab, yang dengannya anak sendiri tahu kenapa dia mesti belajar bersungguh-sungguh. Syukur yaya sudah menjumpai misi hidupnya.

Kalau dulu yaya sangat kerap menangis bila sampai sekolah. Alhamdulillah sekarang dia seronok belajar, apatah lagi di sekolah barunya.

Saya cadangkan, jika anak-anak masih ke sekolah kerana semua orang pun sekolah, kita doa kepada Allah dan usahakan supaya anak ‘menemui sebab’ untuknya menjadi manusia berguna. Satu sebab yang cukup kuat untuknya, sehingga dia tahu dia tidak boleh malas, tidak guna melepak, pandai pilih kawan.

Sekarang, saya sentiasa gunakan ’sebab’ ini untuk jadi senjata motivasi kepada anak. Dan paling penting, kaitkannya dengan Tuhan yang tersayang.

Ini beberapa contoh yang saya amalkan dan mungkin boleh dicuba:

1. Setiap Kali Hantar Anak Ke Sekolah, Beritahu Anak Kenapa Dia Pergi Sekolah Dan Belajar.
Untuk yaya, saya akan katakan, ”Yaya belajar rajin-rajin sayang ek. Nanti yaya dah besar, yaya kan nak jadi doktor macam Soup Kitchen tu. Nanti boleh tolong ramai orang. Allah suka tak yaya tolong orang?”

Dia pasti menjawab suka.

Begitu juga bila anak nak belajar di rumah. Bayangkan kalau tiap-tiap hari kita bagi anak semangat macam tu. InsyaAllah, ia akan menjadi sebati dengan dirinya, bertapak di minda bawah sedarnya. Membesar dengannya.

2. Amalkan 3 Qul dan Berdoa Kepada Allah
Kaitkan dengan misi hidupnya. Siapa dia nak tolong dan untuk Siapa dia lakukan semua itu. Untuk peringkat awal, ajarkan dahulu sampai anak faham konsep doa tersebut.

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia
Kadang yaya akan berdoa:

”Allah, yaya nak jadi doktor. Sebab yaya nak tolong orang kat Soup Kitchen. Allah please help yaya. Help yaya jadi good girl. Sebab yaya nak masuk syurga. Thank you Allah. Amin”

Bila anak dah faham konsep berdoa dari hati ni, kita sendiri akan tersentuh. Cara dia doa tu macam Allah tu best friend dia.

MasyaAllah, saya rasa betul-betul kerdil. Anak rasa rapat dengan Tuhan mengalahkan saya yang dah hidup berpuluh tahun.

Semoga anak-anak kita rapat dengan Tuhan sejak dia kecil lagi.

3. Motivasikan Anak Apabila Melihat Kesusahan Orang Lain
Bila jumpa orang susah, atau lihat keadaan rumah yang usang, atau lihat berita tentang kesusahan orang lain, atau melawat rumah anak yatim, ambil peluang itu untuk beri motivasi kepada anak. Yang dia mesti tolong mereka. Yang Allah suka kalau dia tolong mereka. Lazimkan memberi input motivasi begini.

Saya tidak tahu kalau anak saya benar-benar akan menjadi doktor. Itu bukan di tangan kita sebagai mak ayah. Kalaupun cita-citanya berubah, saya juga tidak kisah. Asal saja, yang penting, dia mesti tolong orang lain dengan cita-citanya itu. Lebih penting, dia tahu yang dia melakukannya kerana cintanya kepada Tuhan yang sangat baik kepada dirinya.

We try the best, and leave the rest to Allah.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗