. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Panduan Anak Bercakap Lancar

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Panduan Anak Bercakap Lancar
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia
Apabila bayi comel anda sudah mahir berjalan tentu sahaja anda ingin melihatnya boleh bercakap pula. Rasa tak sabar hendak mendengar perkataan pertama keluar daripada mulut comel tersebut. Tapi bagaimana cara terbaik hendak mengajar si manja bercakap?

Ada teknik tertentukah? Sebenarnya bayi mula belajar bercakap sejak dia pandai mengeluarkan bunyi lagi pada usia 3 -4 bulan lagi.

Pada usianya 8 bulan ke atas, bayi sudah pandai membunyikan perkataan tertentu. Galakkan anak anda banyak bercakap dengan cara kerap melayannya berbual. Walaupun dia kelihatan tidak faham tapi percayalah dia sedang menyimpan apa yang didengarkan itu dalam kotak memorinya.

Jangan melarang anak belajar bercakap, biarpun perkataannya tidak difahami atau berulang-ulang. Berikut adalah 6 cara merangsang si manja lancar bercakap:

1. Teruskan Peniruan
Biarkan anak meniru apa yang anda ucapkan. Ini kerana dia dalam tempoh belajar becakap dan mengumpul perbendaharaan kata. Menghalang anak meniru percakapan anda akan membuatkan anak hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarkannya.

2. Berbual
Ini teknik mudah yang boleh dipraktiskan sejak anak lahir lagi. Kekerapan ibu ayah melayan anak berbual membuatkan si anak lagi cepat bertutur. Dalam masa yang sama dedahkan anak dengan penggunaan bahasa asing seperti Bahasa Arab, Inggeris dan Mandarin.

3. Ajar Sebutan Betul
Jangan mengada-ngada untuk mengajar anak anda bercakap pelat. Ajar anak bercakap dengan cara sebutan yang betul. Tidak semestinya bercakap dengan anak kecil perlu bahasa yang pelat.

Panduan Anak Bercakap Lancar

4. Kata-kata Negatif
Pendedahan kepada pelbagai bahasa negatif daripada persekitaran seperti orang sekeliling, televisyen dan sebagainya boleh membuatkan si kecil pandai menuturkan kata-kata negatif. Nasihatkan anak kecil yang tidak tahu apa yang dituturkan itu.

5. Ajar Perkataan Positif
Beri dorongan kepada anak untuk bercakap bahasa yang sopoan. Misalnya, ajar ungkapan “terima kasih”, “minta maaf” untuk semua perbuatan yang dia atau anda lakukan. Secara tidak langsung anak tahu penggunaan perkataan itu pada situasi yang bagaimana.

6. Pengulangan
Si kecil bukan belajar bercakap dalam masa sehari sahaja. Tetapi ibu ayah perlu rajin mengulang perkataan yang sama setiap hari. Lama kelamaan dia akan pandai bertutur dengan sendiri. Yang penting ibu ayah tidak malas melakukan rangsangan ini!

Panduan Anak Bercakap Lancar
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗