. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Makanan Untuk Ibu Anemia Ketika Hamil

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Anemia semasa hamil sangat memberi kesan kepada kesihatan ibu dan janin di dalam kandungannya. Anemia berlaku apabila paras hemoglobin (Hb) di dalam darah rendah atau bawah normal. Hemoglobin bertindak untuk mengangkut oksigen dan nutrisi ke seluruh badan agar si ibu lebih bertenaga dan sihat. Oleh itu, apabila mengalami anemia badan akan menjadi kurang bertenaga dan kurang kandungan oksigen.

Terdapat banyak risiko buat ibu dan bayi sekiranya anemia ini tidak dikawal dengan baik. Ibu dikhuatiri akan mengalami keguguran, tumpah darah (semasa dan selepas bersalin) dan kematian. Bayi pula boleh lahir tidak cukup bulan (premature), lahir kurang berat badan, tumbesaran dan perkembangan terbantut dan meninggal di dalam kandungan.

Ibu yang mengalami anemia akan dinasihatkan untuk mengambil pil hematinik (zat besi, asid folik,vitamin dan B kompleks) untuk membantu pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penyerapan zat besi ke dalam badan. Namun, apa yang sering terjadi ialah ibu terlupa atau lalai untuk mengambil ubat-ubatan tersebut dengan konsisten.

Sekiranya ibu juga mengalami masalah yang sama, ibu boleh mencari inisiatif lain agar kandungan darah akan cepat meningkat iaitu dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi dan dipercayai boleh meningkatkan bacaan darah dengan baik.

1. Kurma

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Kandungan zat besi di dalam kurma mampu meningkatkan kadar hemoglobin dengan baik. Kurma juga sangat berkhasiat kerana ia membekalkan tenaga buat ibu hamil.

2. Pisang

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Pisang mengandungi kalsium dan asid folik yang bermanfaat buat ibu hamil yang anemia. Selain menambahkan darah, ia juga dapat bermanfaat di dalam pembentukan janin.

3. Daging Merah dan Hati

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Kebiasaannya, jururawat di klinik kerajaan akan menasihatkan ibu anemia untuk memperbanyakkan pengambilan makanan yang tinggi zat besi. Antaranya ialah daging merah dan hati.

4. Brokoli dan Bayam

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Dua sayuran ini terkenal dengan kandungan zat besi dan asid foliknya. Sebaiknya sediakan masakan sayur yang segar setiap kali tiba waktu makan.

5. Ikan Bilis

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Semoga tips-tips makanan di atas dapat membantu ibu anemia agar lebih bijak dalam memilih menu makanan seharian

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗