. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Makanan Ketika Berpantang

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

 

Semestinya, badan seorang wanita yang melahirkan anak tidak akan kembali normal 100% seperti badan seorang wanita yang belum pernah mengalami kecederaan bersalin. Jadi adalah afdal, untuk kita pastikan kesihatan dan kecederaan yang telah dialami tersebut pulih sekurang-kurangnya 80-90%. So mesti yakin, dan tabah untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran agar kita sentiasa sihat dan mampu dan menjaga suami, anak-anak dan ahli keluarga yang lain pulak nanti. Insyaallah.

So dalam memulihkan kecederaan tersebut, bersabarlah wahai semua wanita-wanita mulia yang telah melahirkan khalifah-khalifah Muslim di muka bumi Allah ini. Insyaallah setiap usaha dan kesabaran kita akan diberikan ganjaran yang baik dan setimpal oleh Allah SWT. Insyaallah.

Pemilihan makanan yang betul semasa tempoh berpantang adalah sangat penting dalam memastikan proses pemulihan berjalan lancar. Tak boleh makan, makanan sejuk, berangin bagi mengelakkan sakit2 sendi dan tulang. Makanan yang bisa juga perlu dielakkan, bagi proses memulihkan kesan luka. Silap makan, proses pemulihan seminggu boleh jadi 2-3 bulan. Elakkan makan ikan masin atau ikan kering, sebab akan menyebabkan darah nifas berbau dan cepat kering.

029

Antara jenis-jenis lauk yang boleh dimakan oleh ibu-ibu yang berpantang adalah:
Ikan bilis         – biasanya digoreng biasa atau pun dimasak sambal
Ikan cencaru  – biasanya dibakar untuk lebih sedap selain digoreng
Ikan haruan   – lebih enak dibakar/ masak stim selain digoreng
Ikan siakap    – masak stim
Ikan gelama   – goreng
Ikan merah    – masak sup
Ikan jenahak  – goreng
Ikan selar        – goreng/ masak asam
Ikan kerisi       – goreng/ masak asam
Ikan kurau      – goreng/ stim
Ikan kerapu    – goreng/ stim
Ikan senangin – goreng/ masak asam
Ikan tenggiri   – goreng/ masak asam
Ayam                – dibuat sup atau dicampur dalam bubur
Sayur sawi       – sup
Sayur bayam   – tumis air
Sayur kailan    – goreng/ tumis
Sayur brokoli  – stim/sup
Halia                 – elok diamalkan tapi elakkan jika anda menyusukan bayi (takut kuning)
Daun pegaga   – dicampur dalam masakkan/ dibuat jus – elok utk tambah air susu badan
Milo/horlick    – sesuai untuk sarapan dan minum petang
Biskut/roti       – sesuai untuk sarapan dan minum petang

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗