. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Komunikasi Terbaik Dengan Anak

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Bukan mudah berkomunikasi dengan anak yang sedang meluahkan perasannya seperti marah dan mengamuk. Anak akan mudah menunjukkan ekspresi wajah jika dia tidak suka atau marah. Anak begini, jika kita sebagai ibu bapa dan guru tidak dapat membantunya untuk mengatasi kemarahannya, dia akan belajar cara mengekspresi perasaan dengan cara yang salah.

Ramai di antara kita mengambil jalan mudah dengan memarahi semula anak yang sedang marah atau mengamuk, seperti:

* ” Kenapa nak marah-marah ni. Kalau nak apa-apa cakaplah elok-elok.”

* ” Kan ibu dah cakap, kalau nak ikut ibu, jangan nangis-nangis! ”

* ” Lain kali tak payah ikut! ”

Sedar ataupun tidak, cara kita berkomunikasi dengan anak dan bertindak balas terhadap emosinya itu akan menyebabkannya kecewa dan tidak tahu bagaimana cara yang sebenar untuk menerangkan ketidakpuasan hatinya. Dia akan merasakan bahawa ibu atau bapanya tidak memahami mereka.

Mengamuk atau tantrum di kalangan anak-anak di bawah umur 7 tahun adalah sesuatu yang normal. Mereka sangat mudah dikendalikan jika kita tahu cara yang betul untuk menangani anak yang sedang marah, tidak puas hati atau mengamuk. Sudah tentulah cara marah dan pukul tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka akan lahir dan membesar sebagai orang yang suka memberontak dan tidak dapat mengawal perasaan. Mereka memandang bahawa, pukul dan marah itu adalah sesuatu yang boleh diterima dan cara menyelesaikan masalah dengan mudah dan cepat.

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Satu cara bagi memenangi hati dan berkomunikasi dengan anak yang sedang marah, adalah dengan membiarkan dahulu dia meluahkannya. Contohnya, kita membawa anak kita ke sebuah padang permainan. Tiba masa untuk pulang, anak tidak mahu kerana belum puas bermain.

“Ibu, Yaya tak nak balik! Yaya nak main lagi!”

1. Dengar dahulu
Dengar dahulu luahan hati anak. Jangan terus tarik dia keluar dari padang. Duduk sama tinggi dengan anak dan biarkan dia beberapa ketika.

2. Ulang semula.
Kita ulang semula ketidak puasan hati anak.

“Yaya nak main lagi ya? Yaya suka padang permainan ni?”

Pada tahap ini, anak akan mula tenang kerana kita dikatakan sudah mula memahami perasaannya. “Oh, Ibu tahu aku suka main di sini.”

3. Masukkan peranan kita
Apabila anak sudah tenang, barulah kita memainkan peranan kita untuk mengajaknya pulang.

“Ibu pun suka sangat main di sini. Ada buai, ada jongkang jongkit. Tapi sekarang dah nak maghrib. Esok ibu bawa Yaya datang sini lagi ya.”

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Contoh Ketika Di Pasaraya
Kita sering mengalami situasi ini ketika kita sekeluarga membeli beli di pasaraya. Anak pasti akan tertarik dan meminta kita untuk membelikan permainan buat mereka sedangkan semalam baru sahaja kita membelikannya.

“Ibu, nak mainan.”

Saya tidak terus mengatakan ‘tidak boleh’. Saya akan katakan:

” Aliff nak mainan? Yang macamana? ”

Aliff: Mainan kereta. Laju, ibu.

Saya: Oh, yang laju tu ya. Best kan main kereta laju-laju. Macam kita main kat rumah tu kan. Macam kereta merah Aliff tu. Kereta biru pun ada. Kereta hitam pun ada.

Di sini kita tidak menafikan perasaannya yang sangat suka kepada kereta. Kita raikan. Kita juga gembira dengan kesukaan dan kegemarannya itu. Kemudian barulah kita ingatkan atau nasihatkan anak bahawa mereka tidak dibenarkan membeli mainan pada waktu itu. Beritahu dengan cara terbaik. Cara yang tidak akan mengecewakan mereka.

“Semalam kita baru beli kereta warna merah kan Aliff. Balik nanti ibu main kereta dengan Aliff. Kita main lumba-lumba, nak tak?”

InshaAllah, dengan menggunakan teknik ini, kita tidak akan gagal dalam memujuk dan anak-anak takkan baring berguling untuk minta belikan mainan. Semuanya dengan menggunakan teknik yang betul.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗