. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Komunikasi Berkesan Dengan Anak

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Sebagai ibu bapa kita perlu mencari penyelesaian terbaik untuk komunikasi berkesan dengan anak-anak supaya mereka faham. Kadang-kadang kita mengalami isu untuk berkomunikasi dengan anak bawah umur 3 tahun. Samada kita yang tidak faham mereka, atau mereka yang tidak faham dengan kita. Artikel ini dapat bantu ibu bapa untuk mempunyai komunikasi yang berkesan dengan anak-anak.

Informasi di luar masuk ke otak kita untuk difahami melalui 5 cara pancaindera iaitu mata, lidah, telinga, kulit dan hidung dan rangsangannya, melihat, merasa, mendengar, sentuhan dan bauan. Informasi adalah di luar dan perlu ada saluran untuk ke otak untuk difahami. Bergantung rapat kepada pancaindera mana yang paling dominan di dalam pengambilan informasi, maka seseorang itu akan cepat memahami informasi itu bila informasi itu dimasukkan melalui jalan itu.

Contohnya, bagi anak yang pendengarannya lebih terangsang, maka dia senang memahami arahan bila kita bercakap dengannya. Bagi yang belajar dengan melihat pula, maka, dia senang memahami arahan bila kita menunjukkannya supaya dia nampak. Bagi yang perlu merasa, maka, dia perlu diberi rasa atau bergerak bila memberi arahan itu.
Memahami keadaan ini, maka, kita perlu mempelbagaikan arahan kita sehingga kita nampak komunikasi kita telah sampai dan difahami oleh anak itu.

Contohnya, kita mahu memberitahu anak bahawa api itu panas, maka ada anak yang belajar dengan mendengar, maka kita boleh memberitahu secara bercakap atau meninggikan sedikit suara supaya menunjukkan amaran dan mengatakan ..’Aduh..’ Dia boleh faham. Bagi anak yang belajar dengan melihat, maka kita boleh tunjuk kita pegang api dan tunjuk gaya ia panas dengan menggerakkan tangan kita cepat dari api itu sambil mengatakan ‘ Aduh…panas’. Bagi yang belajar dengan cara merasai dan membuat, inilah yang mencabar sedikit untuk perkara seperti ini, namun, anda perlu kreatif dengan memberi dia rasa kepanasan itu sedikit dari jauh, supaya dia faham yang api itu panas.

Memahami akan perkara ini, anda boleh membuat kombinasi ketiga-tiga cara agar komunikasi anda lebih berkesan kepada anak itu. Satu lagi perkara yang ibu ingin sampaikan, jangan menyangka anak kecil tidak boleh faham. Semasa mereka kecil, kita bukan bercakap dengan minda sedarnya sahaja, kita bercakap dengan minda dibawah sedarnya. Kita bercakap kepada otaknya dan kita menanam benih-benih informasi yang bakal kita gunakan nanti apabila mahu berkomunikasi dengannya.

Anak yang datang ke dunia ini memang seperti kain putih bersih tetapi bukan bekas kosong yang tidak berisi. Setiap anak telah hidup ribuan tahun dalam bentuk roh dan mempunyai ilmu yang banyak. Bila mereka datang ke dunia ini mereka hanya perlu belajar menggunakan badan fizikal ini untuk mengekspresikan apa yang mereka ingin komunikasikan. Bukan mereka tidak faham kita, kita yang tidak faham mereka.

Dalam usia 3 tahun ke bawah, banyak menggunakan gerak rasa dan komunikasi dengan hati kepada mereka, nescaya anda akan dapati mudah memahami mereka. Kita kene lihat dan dengar dengan ‘telinga hati’ seorang ibu. Memang senang memahaminya. Pendekatan komunikasi dengan menggunakan minda dibawah sedar sangat berkesan untuk anak-anak.

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Cara 1
– Letakkan anak kecil itu dekat dengan dada anda.
– Tutup mata anda
– Tenangkan pemikiran anda – quiet your mind.
– Dengar dari hati.

Cara 2
Bercakap kepadanya semasa dia tidur. Kalau anda tidak mahu dia mengambil barang-barang yang tajam dan sebagainya pun boleh dibuat semasa itu. Supaya lain kali dia tidak melakukannya lagi. Semasa tidur, anda boleh terus berkomunikasi dengan minda di bawah sedarnya.

Bila mula-mula itu memanglah tidak begitu menjadi. Namun, usahakanlah. Semua yang senang bermula dengan susah dulukan. Bukankah susah hendak memandu kereta, namun anda mempunyai keupayaan menguasainya setelah belajar. Jadi, perkara ini pun sama. Apa yang sangat penting, janganlah menyangka ini tahyul atau karut. kepercayaan sebegitu menutup jalan menggunakkan kekuatan minda dibawah sedar dan hati.

Apa-apa pun perlu banyak bersabar dan meneruskan usaha. Jangan mudah mengatakan susah. Ingat anda mempunyai potentsi menggunakan minda di bawah sedar ini. Semoga anda berjaya!

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗