. . .
2011 12 27 16.20.42

Kisah Hidupku Bahagia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Semenjak kecil lagi apa sahaja yang aku minta MESTI akan dapat. Ayahku akan usahakan. Sehinggalah umurku sudah 17 tahun baru lah Ayahku mula buat PANAS! taknak kasi semua apa yang aku minta. Contohnya Motorsikal. Tapi dia bagi kereta lama untuk dibawa syarat kena ambil lesen lah. Tu pun bila umur dah 18 ke 19 tahun baru dapat lesen tu pun 2 kali ambil ujian. Boleh tahan pandai juga…

Bila dapat kereta mulalah gi Racing kat jalan Subang, Pergi sekolah dah lah main-main sebab apa main-main dan malas nak gi sekolah, sebab memang tak suka sekolah hehe……

Kembali balik cerita masa lumba kereta haram ni.. Memang best bila menang, Bukan dapat duit pun.. saje je racing dengan kereta-kereta yang nak Test.. Memang best masa tu. yang best masa LAP!

Apabila umur sudah menjangkau 18 tahun baru terfikir, hmm mau cari duit lah. Tapi nasib baik masa tu terfikir aku nak kerja pejabat. tapi sekolah tak tinggi SPM je pun.

Ni lah Allah nak tunjuk jalan, terbaca surat khabar ada institut perlancongan nak ambil pelajar. So aku pun gi lah daftar, Alhamdulillah dapat belajar, Hampir setahun belajar akhirnya ada Syarikat nak ambil praktical student.  Ntah berapa lama aku praktical pastu syarikat tu offer aku bekerja terus, TERCENGGANG lah, Nak taknak ..nak taknak, Fikir dan fikir , dan masa tu zaman para siswa dan siswi yang susah nak dapat kerja apabila keluar Universiti, So aku terus nekad bekerja dan taknak sambung belajar, Hehe,

Masa bekerja ni lah aku gi belajar Bahasa Engglish (Takde pandai manapun) Bahasa Jepun ( Hmm Susah betul), bila bertahun kerja dah berpengalaman aku gi cari Syarikat yang ada kelainan dari syarikat yang aku kerja yang pertama, Alhamdulilah dapat juga kerja yang baru tapi dalam industri yang sama. Dulu mula-mula kerja sebagai Dispatch dan Tour Package department sambil-sambil buat Ticketing jual tiket penerbangan. So’ bila dapat bekerja di tempat baru aku kerja sebagai Sales Executive dan dah lama pastu tukar jawatan Sales & Marketing Executive. Dah lupa berapa tahun bekerja pastu aku LOMPAT kerja kat tempat lain tapi masih dalam industri yang sama , Di tempat baru aku bekerja sebagai Business Development Executive, Pendekkan cerita pastu dilantik sebagai Business Development Manager dan terkini Branch Manager, Hehe, Tu lah ceritanya.. Mungkin aku akan jadi Director pulak pasni..

Oh ya bila masa yek aku jumpa isteri aku yang disayangi tu (Mesti ramai nak tahu 🙂 ).. Masa berkahwin umur aku baru 23 tahun dia dah umur 27 tahun, Aku nikah dengan dia kat Pattani  sebab dia orang pattani lah, ( Dapat kelulusan Jabatan Agama Malaysia untuk berkahwin di Luar negara). Aku kenal isteri aku ni sebab dia ambil Master  di Universiti (UPM). Oh panjang certa, Pendekkan je lah yek.!

Masa bernikah pada 15 September 2006 dan bersanding 16 September 2006 di yarang, Pattani pagi sampai kemalam tak putus-putus orang datang majlis kami, MERIAH! Lepas berkahwin je selepas honeymoon 2 minggu kat Phuket. Dah dia kena bekerja kat Phuket sebagai Guru Thai mengajar Mat-mat salleh kat sana. Selama setahun jugalah duduk berasingan , aku ni duk ulang alik Phuket, Thailand macam rumah kedua, Ada lah beberapa bulan sekali jumpa setahun tu adalah 6-7 kali. …..

Dulu isteri nak cakap bahasa melayu agak payah, dia ni dari kecil memang selalu berjauhan dengan PATTANI, kalau tak bolehlah cakap macam kelantan, tapi bolehlah sikit, bila dah duduk Malaysia boleh speaking negeri sembilan sebab asyik berbual sama My Mom… Tu dulu.. Sekarang boleh cakap!!

Alhamdulilah selepas setahun berasingan akhirnya selepas berbincang dia tinggal bersamaku di Malaysia. Nasib baiklah aku tak duduk PHUKET kerja kat sana, Syukur sangat-sangat, Memang ada perancangan masa tu.

Akhirnya mulalah perjalanan hidup dan ujian dari Allah , Eh bukan baru bermula ujian tu, dah dari mula-mula dulu, Heheh…

Masa duduk bersama ni lah banyak UJIAN hehe,, DUIT TAK CUKUP JER!

So berniaga pasar Ramadhan, Jual Steamboat, part Time Bell Boy Bila kenang balik nak menangis juga hehe….Penat oo, balik kerja terus buat kerja part time…… Sebelum jual steamboat aku kerja part time bellboy bila dah buat steamboat kadang-kadang je hotel panggil untuk kerja part time sebagai bell boy.. So bini jaga steamboat aku gi kerja bell boy.. Dapat Tip banyak juga tau!

Pernah juga anak takde susu sekejap 🙂 bini takde kerja lagi masa tu, Masa anak kedua baru isteri dapat bekerja sebagai Guru Bahasa di Universiti, Masa tu lah STOP berniaga focus kerja, Kami berdua bekerja bersungguh-sungguh sehinggalah kami hidup agak senang, Pangkat naik , gaji pun naik, ALHAMDULILLAH SYUKUR sangat-sangat, Anak pun dapat minum Susu Kambing i-Sunnah yang Berprestij TINGGI nih.

Anak-anakku dan isteri menggunakan bahasa thai sebagai bahasa penghantaran, tapi aku guna bahasa malaysia je. So far ok jer takde masalah 2 bahasa di rumah, Engglish ni biarlah dia belajar sendiri nanti     ( Not my mother tongue )

Betul, anak tu penambah rezeki, memang rezeki anak-anak tu CONFIRM ada… Anak-anak pun nampak cerdik pandai dan genius harap-harap mereka berjaya di dunia dan akhirat. Aku berharap segala kerjaku di dunia ini mendapat manfaat di akhirat.

Kini tinggallah aku dan keluargaku mengharungi kehidupan yang sementara ini, Ayahku pun sudah meninggalkan dunia, Kini ibuku seorang diri hidup tanpa kaki Kirinya yang terpaksa di potong sebab kencing manis. Yang BESTNYA Sebab ibuku minum Susu Kambing ni dia semakin Sihat, PERCAYA TAK.. DIA TAK CUCUK INSULIN semenjak amalkan susu i-sunnah…… Dah berbulan-bulan lamanya….

Oklah kini aku bahagia dan rasa selamat, walaupun bahagia dan selamat itu dan apa-apa sahaja itu tidak kekal di dunia, Alhamdulillah aku masih dapat menanggungnya, Syukur Ayahku mendidik ajaran Agama Islam kepadaku.

Sekian.

Cinta pandang pertama:
KLIK >>> ((( Sini )))

2011-12-27 16.20.42

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗