. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Khasiat Madu Lebah

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Siapa sangka madu sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang tidak kita ketahui? Dengan ciri cirinya yang anti bakteria dan anti fungi maka tidak hairanlah jika madu disenaraikan antara 7 makanan terbaik di dunia.

Tahukah anda, satu sudu besar madu mengandungi 64% kalori dan bebas dengan kolestrol, lemak dan sodium?Madu banyak digunakan di dalam makanan sebagai pemanis bagi menggantikan gula. Sudah pastinya mengambil madu lebih sihat daripada gula. Ayuh sama sama kita ketahui rahsia madu yang banyak dengan khasiat ini.

1. Sumber Vitamin Dan Mineral
Walaupun terdapat pelbagai jenis madu di luar sana, tetapi mereka masih berpegang kepada madu yang asli. Madu mengandungi Vitamin C yang memang tersangatlah banyak khasiatnya kepada tubuh badan. Selain itu, madu juga mempunyai kalsium untuk menguatkan tulang. Dan madu juga mengandungi zat besi yang membantu untuk sistem peredaran darah.

2. Meningkatkan Jumlah Sel Darah Merah
Untuk mengoksidakan badan anda, tidak sesusah yang anda bayangkan. Mudah sahaja. Hanya minum air yang bercampur dengan madu dan dengan semudah itu anda telah berjaya meningkatkan sel darah merah.

Peningkatan sel darah merah juga bermakna anda telah berjaya meningkatkan tahap tenaga anda. Lebih mudah bagi anda untuk melakukan aktiviti. Tidak lupa juga, madu bersifat anti bakteria itu boleh membunuh bakteriadan penyakit.

Kajian juga telah membuktikan jika tenaga anda tinggi, maka anda akaan menjadi lebih produktif. Oleh itu, minumlah air bersama madu setiap hari.

3. Pengganti Gula
Semua tahu bahawa madu mengandungi gula bukan? Sudah jelas dengan rasanya yang manis. Walau bagaimana pun, jangan samakan gula putih itu dengan madu kerana ianya sangat berbeza.

Berlainan dengan gula putih, madu yang asli tidak diproses dan mengandungi gula yang sebenar. Selain itu, madu juga boleh mengawal kadar gula di dalam badan seseorang dengan dextrin iaitu campuran gula biasa dengan madu.

4. Banyak Kegunaan Kesihatan
Kajian membuktikan madu berupaya untuk merawat ulser (mata ikan) dan lain lain penyakit. 99 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam kajian ini membuktikan madu mempunyai kesan yang menyembuhkan. Seperti yang disebutkan di atas, madu bersifat anti bakteria dan boleh digunakan untuk membuang infeksi.

Penyakit paru paru seperti asma dan kahak terbukti boleh diubati dengan madu. Bagi mereka yang ragu ragu untuk memakan daging mentah kerana bimbangkan penyakit e.coli dan salmonlella, jangan bimbang. Madu boleh membasmi bakteria yang ada!

5. Madu Sebagai Prebiotik
Jangan mudah keliru. Tidak seperti di dalam yogurt. Yogurt mengandungi probiotik yang boleh mempercepatkan proses pencernaan. Prebiotik bermaksud madu bertindak sebagai makanan kepada bakteria untuk memperbanyakkan jumlah bakteria yang sihat di dalam badan.

6. Pelembap Kulit
Masalah kulit kepala seperti kelemumur dan dermatitis sangat mudah diatasi dengan mengamalkan madu setiap hari. Hanya sapukan madu di sekitar kawasan yang tercedera dan ia akan pulih dengan kadar yang segera.

Ramai orang juga menggunakan madu sebagai pengubat masalah kulit seperti kulit merekah dan bersisik. Tidak ketinggalan, madu juga terbukti boleh mengurangkan keguguran rambut. Jadi, tidak perlulah anda untuk berbelanja mahal bagi menjaga kulit anda!

7. Penawar Batuk
Bukankah tidak seronok setiap kali harus memakan ubat batuk. Pasti kanak kanak akan mengeluh kerana rasanya yang tidak enak. Tetapi, madu juga mempunyai kesan yang sama seperti ubat batuk. Madu juga akan menenangkan tidur malam anda tanpa perlu terjaga di tengah malam kerana batuk. Mudah bukan? Dan rasanya juga lebih sedap!

8. Mengurangkan Simptom Alergik
Madu yang diperbuat daripada bunga atau pun disebut sebagai ‘pollen honey’ dipercayai boleh mengubati beberapa penyakit. Badan anda akan menghasilkan immuniti kepada tindak balas pollen honey tersebut.

Tetapi, jangan lupa untuk pastikan keaslian pollen honey yang digunakan. Kerana ini mungkin boleh membawa kesan yang berbeza. Pollen honey ini terbukti mampu untuk mengurangkan alergik selain daripada mengurangkan kesakitan akibat alergik.

9. Memberikan Tenaga
Seperti yang disebutkan di atas, madu membantu dalam pengedaran darah dengan lebih baik. Maka, tidak hairanlah jika atlit sukan mengatakan mereka memakan madu jika berasa pening atau tidak sihat.

Pening biasanya disebabkan oleh kekurangan darah dalam badan dan madu akan bertindak sebagai penambah sel darah merah dan kadar oksigen di dalam badan seseorang. Dan sudah tentu, oksigen yang tinggi bermakna tenaga yang tinggi.

Madu sangat berkesan kepada mereka yang selalu menggunakan tenaga pada jangka waktu yang lama contohnya peserta maraton.

10. Menjauhkan Diri Anda Daripada Kanser
Berdasarkan buku Honey Revolution oleh Dr Ron Fessenden, saintis mendapati madu mengandungi flavonoids yang dipanggil sebagai anti oksiden di dalam badan. Malah, kebanyakan ubat ubatan yang merawat kanser menggunakannya untuk tujuan yang sama.

Setakat ini flavonoid masih belum terbukti berjaya merawat semua jenis sakit kanser. Tetapi kepada wanita dan perokok di luar sana yang lebih terdedah kepada kanser, ambillah madu setiap hari. Mencegah lebbih baik daripada mengubati bukan?

11. Madu Di Dalam Masakan
Madu pastinya tidak akan terlepas daripada dalam makanan. Makanan seperti waffle atau pan cake selalu diambil madu apabila makan bersamanya. Anda boleh layari internet dan cari makanan yang menggunakan madu. Anda akan mendapati hampir kebanyakan makanan menggunakan madu.

Lebih baik kita mencegah penyakit daripada kita merawatnya. Ambillah madu di dalam makanan seharian anda sekarang! Tetapi diingatkan. Jangan berikan madu kepada bayi yang kurang berumur setahun kerana boleh mengakibatkan masalah keracunan kepada mereka

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗