. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Khasiat Lemon

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Tahukah anda, lemon mendapat tempat di dalam hati masyarakat pada tahun 1747? Sebuah kajian yang dilakukan oleh James Lind mendapati lemon sangat efektif dalam merawat penyakit seperti gusi berdarah yang kita tahu adalah disebabkan tidak cukup vitamin c di dalam badan.

Menurut Indian Ayuverda, lemon selalu digunakan dalam menambahkan rasa dalam masakan, melegakan sakit tekak dan menyembuhkan beberapa jenis penyakit. Nutrient seperti vitamin b, vitamin c, pectin, potassium,kalsium dan anti oksiden sangat kaya di dalam buah lemon. Tidak hairanlah buah ini mempunyai kepelbagaian fungsi!

Tetapi lemon selalunya tidak akan dimakan dengan begitu sahaja kerana rasanya yang masam. Selalunya orang akan menggunakan buah lemon dalam kuantiti yang sedikit sekadar menambah rasa.

Berikut merupakan beberapa kebaikan yang terdapat di dalam buah lemon yang mungkin anda baru ketahui.

1. Menstabilkan pH Badan Anda
Menurut falsafah kitab Ayuverda, kitab patut mulakan hari dengan menyelaraskan badan dengan alam semula jadi. Badan kita sebenarnya sangat banyak dengan asid kerana makanan segera, pencemaran udara, tidak cukup bersenam dan atas faktor faktor stress lain yang boleh menyebabkan badan bertoksis.

Untuk menyeimbangkan badan, kita perlulah mempunyai sedikit alkali dalam badan. Walaupun sebenarnya kita tahu lemon ada buah yang berasid, tetapi siapa sangka ia juga menghasilkan alkali. Apa tunggu lagi. Ayuh mulakan hari anda dengan meminum air perahan lemon!

2. Legakan Sistem Pencernaan
Lemon bertindak sebagai pencuci darah dan sebagai agen anti bakteria. Memandangkan lemon kaya dengan vitamin C yang membantu untuk melawan penyakit, maka tidak hairanlah jika mereka yang bermasalah pencernaan akan mencari lemon.

Hanya beberapa titik lemon sudah mampu melegakan segalanya. Lemon boleh mempercepatkan proses pencernaan dengan membanyakan penghasilan air liur dan asid perut.

3. Membantu Untuk Menurunkan Berat Badan
Seperti yang disebutkan di atas, lemon membantu dalam mengeluarkan toksik dalam badan. Selain itu, lemon juga membantu dalam memberikan tenaga yang cukup kepada anda. Jika anda sedang berdiet, tambahlah lemon di dalam diet anda. Seperti kebanyakan buah lain, lemon sangat rendah dengan kalori selain tiada lemak dan kolestrol.

Lemon mempunyai satu nutrient yang disebut sebagai pectin yang boleh membuatkan anda berasa kenyang. Ia juga membantu dalam mengurangkan kadar penyerapan gula di dalam badan. Semestinya, ia umpama menggantikan makanan ruji anda setiap hari. Lemon juga akan mengeluarkan lebihan air di dalam badan melalui air kencing. Sudah pasti anda akan kerap ke tandas, tetapi berbaloi bukan untuk kelihatan kurus?

Untuk hasil yang lebih menakjubkan dan cepat, minumlah dua sudu air perahan lemon, sedikit cayenne dan 2 sudu besar madu setiap hari. Sudah pasti anda akan kelihatan kurus!

4. Membunuh Parasit
Pernahkah anda mempunyai parasite di dalam badan seperti cacing di dalam badan? Menakutkan bukan? Seperti yang anda semua tahu, parasite sangat susah untuk dibuang. Tetapi jangan lupa, kita masih mempunyai jalan penyelesaian.

Parasit sangat sukakan keadaan yang berasid seperti di dalam perut. Jadi, hanya satu penyelesaian untuk memusnahkannya iaitu dengan lemon. Seperti yang disebutkan di atas tadi, lemon sebenarnya mengeluarkan alkali. Maka, hanya makan dan minum air perahan lemon itu untuk membunuh parasit!

5. Memperbaiki Sistem Pernafasan Anda

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Lemon sebenarnya boleh mengatasi masalah mulut berbau dan dengkur serta pelbagai lagi masalah pernafasan yang sering berlaku. Apabila anda mempunyai masalah gigi, jangan lupa untuk letakkan perahan lemon untuk mengurangkan kesakitan.

Lemon juga boleh menghentikan pendarahan bagi gusi yang berdarah. Hanya urut gusi anda perlahan lahan dengan air perahan lemon dan bakteria akan menjauhi gigi anda.

6. Meningkatkan Daya Fokus Anda
Jika anda mahu meningkatkan fokus anda di tempat kerja, lemon sangat membantu. Di dalam satu kajian yang dilakukan ke atas beberapa orang mendapati minyak lemon yang mempunyai bau yang menenangkan mampu meningkatkan fokus seseorang hanya dengan menghidu bau tersebut. Hebat bukan?

7. Memperbaiki Kulit Yang Terkupas
Kulit yang terkupas biasanya disebabkan oleh kadar vitamin c yang tidak cukup di dalam badan. Vitamin c boleh mengstimulasikan kulit anda agar kelihatan mulus. Cubalah menggunakan lemon sebagai skrub muka sekali seminggu.

Lemon boleh membantu untuk menghilangkan jerawat jerawat degil dan sel kulit mati di muka anda. Muka anda akan kelihatanlebih sihat dan muda selepas itu!

8. Detox Hati Anda
Lemon yang kaya dengan anti oksida berupaya untuk meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan anda untuk detoks.

Seperti yang disebutkan di atas tadi, lemon boleh mengeluarkan toksik yang ada di badan anda menerusi air kencing. Secara tidak langsung anda akan berasa lebih segar dan bertenaga daripada sebelum itu.

9. Merawat Tekanan Darah Tinggi
Tahukah anda, pactin yang terkandung di dalam lemon ini boleh mengurangkan kolestrol? Darah tinggi boleh meningkat dengan kadar kolestrol yang tinggi. Jika anda mengambil lemon setiap hari lemon secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan darah tinggi anda dan vitamin p yang ada di dalam lemon akan membantu untuk menguatkan saluran darah. Selain itu, lemon juga sangat kaya dengan potassium yang turut boleh mengurangkan tekanan darah

10. Melawan Masalah Kelemumur
Mudah sahaja. Hanya letakkan jus perahan lemon bersama minyak kelapa ke atas kepala anda untuk membuat mask rambut. Bahan bahan ini akan membantu untuk melembabkan kulit kepala anda sekali gus menghilangkan kelimumur anda.

Tetapi, diingatkan lemon juga mempunyai potensi untuk meringankan rambut anda. Jadi, jangan terlebih melakukannya.

11. Membuatkan Kaki Anda Kelihatan Lebih Menarik
Lemon sebenarnya mengandungi asid sitrik atau pun lebih dikenali sebagai vitamin c yang membantu untuk merawat sel kulit mati, menggalakkan pembaharuan kulit dan mencerahkan bahagian yang gelap.

Ada dua cara untuk mengubatinya:

  • Rendamlah kaki anda ke dalam 2 ke 3 sudu perahan lemon bersama 2 sudu besar minyak zaitun dan satu perempat cawan susu. Selepas itu, jangan lupa untuk membuang sel kulit mati di kaki terutama di bahagian tumit kaki anda.
  • Selain itu, anda juga boleh membuat srub kaki daripada 2 cawan gula perang, satu perempat minyak zaitun dan beberapa titik minyak lemon. Jangan lupa untuk pastikan skrub anda tidak terlalu berminyak untuk hasil yang lebih baik.

Gunakanlah skrub ini selepas anda membuat rendaman kaki seperti yang disebutkan di atas tadi. Semestinya, kaki anda akan kelihatan lebih cantik daripada sebelumnya.

12. Melegakan Demam dan Selsema
Untuk melegakan demam, beberapa titik jus lemon bersama air suam sudah mencukupi. Anda tidak perlu untuk ke klinik dan hospital sebenarnya. Lakukan rutin ini setiap dua jam sehingga sembuh. Lemon sebenarnya boleh meningkan tahap penyerapan di dalam badan. Tetapi diingatkan sekali lagi, jika keadaan bertambah buruk, berjumpalah dengan doktor anda.

13 Membuatkan Muka Anda Lebih Berseri
Seperti yang disebutkan di atas tadi, lemon boleh menghilangkan jerawat jerawat degil yang hingga di muka anda. Tetapi, ini lebih lagi. Vitamin c didapati boleh mencerahkan kulit yang gelap dan menanggalkan sel kulit mati.

Tanpa kuantiti vitamin C, kulit anda tidak akan mampu untuk memperbaiki kulit anda dan akan mengakibatkan kedutan di muka. Vitamin C juga merupakan rahsia utama apabila badan anda menghasilkan kologen agar kelihatan muda dan cantik.

14 Merawat Masalah Jerawat
Sama seperti di atas, lemon mempunyai elemen anti bakteria yang boleh digunakan dalam merawat masalah jerawat dan jeragat. Hanya basahkan kapas dengan jus lemon dan letakkan ke tempat yang bermasalah untuk semalaman. Apabila anda bangun keesokkan harinya, hanya basuh dan lakukan rutin anda dalam menjaga muka.

15. Menjauhkan Serangga
Siapa sahaja yang suka apabila serangga hinggap di badan. Usah mencari ubat penghalang serangga dan penyembur serangga. Ayuh membuat ubat penghalang serangga sendiri dengan menggunakan bahan semula jadi!

Hanya campurkan lemon dengan minyak yang sesuai seperti minyak bunga matahari ataupun minyak zaitun. Semudah itu dan serangga tidak akan datang menggangu anda lagi!

16. Mengurangkan Kesakitan
Jika anda menghadapi masalah sendi seperti arthritis, rheuma dan sakit sendi yang lain, hanya minum segelas air bersama dengan perahan lemon. Ia akan membantu untuk mengurangkan kesakitan anda.

Minyak lemon juga mempunyai fungsi yang menenangkan diri dan saluran darah juga untuk mengurangkan bengkak.
Dengan air berserta ekstrak lemon, ia mampu untuk melegakan kesakitan anda standing pil penahan sakit yang lain.

Bagi wanita, PMS atau pun premenstrual syndrome adalah perkara biasa. Hanya titiskan beberapa jus lemon dan anda akan kembali sihat.

17. Menghilangkan Urat-Urat Yang Ketara
Bukankah urat urat yang selalu timbul di kaki itu mencacatkan pandangan kaki kita? Ayuh gunakan lemon untuk membuatkan kaki anda kembali kelihatan menarik. Campurkan minyak yang sesuai dengan minyak lemon dan urutkan dengan perlahan lahan.

Jangan lupa untuk melakukannya secara kerap. Anda akan lihat sedikit demi sedikit, urat anda sudah tidak kelihatan lagi.

18. Memutihkan Gigi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Untuk mereka yang suka dengan penjagaan gigi, mereka akan biasa membeli ubat untuk memutihkan gigi yang mahal harganya. Apa kata jika anda campurkan jus lemon dengan baking soda.

Pastikan anda berjaya mendapatkan buih buih dan anda hanya sapukan campuran tersebut ke gigi anda. Biarkan selama 45 saat dan bersihkan gigi anda dengan berus gigi dan air. Tetapi diingatkan! Campuran itu boleh melemahkan enamel anda. Jadi jangan dibiarkan terlalu lama.

Kesimpulan
Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat lemon yang tidak disenaraikan di sini. Walaupun saiz lemon itu kecil, tetapi terdapat banyak sangat khasiatnya. Bolehlah anda menjaga kesihatan sambil berjimat dengan lemon selepas ini. Ayuh ramai ramai mencuba tips yang diberikan tadi.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗