. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Khasiat Halia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Hampir semua orang kenal halia, malah ramai yang memang sudah mengambilnya sebagai ramuan masakan, minum air halia ( air sarbat ), jus halia, serbuk halia ( pil halia) atau jeruk halia ala jepun. Orang2 cina dan jepun telah menggunakan halia untuk merawat berbagai jenis penyakit sejak lebih 2000 tahun.

Apakah Kandungan Halia?

  • Halia mengandungi dua bahan iaitu gingerol dan shogaol yang dipercayai mempunyai kesan pengubatan.
  • Bahan ubatan tersebut bertindak sebagai anti inflamasi iaitu mengawal proses radangan. Inflamasi yang kronik boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, arthritis, gout dan kanser.
  • Halia mengandungi A, C, E, B complex .
  • Juga mengandungi berbagai logam potassium, manganese, magnesium, phosphorus, sodium, iron, zinc dan calcium.
  • Juga mengandungi beta carotene.
  • Mengamalkan makan halia seharian insha Allah bolih mencegah serta merawat berbagai jenis penyakit.

Apakah Khasiat Halia Dari Segi Kesihatan?

1. Halia dan sistem immunisasi.
Halia adalah antioksida. Berkesan saperti antibiotik bila dimakan atau disapukan. Bahan-bahan gingerol dan shogaol dalam halia dikatakan boleh bertindak membasmi, menyekat pertumbuhan dan penyebaran sel-sel kanser prostat, usus, payudara, dan ovari.

2. Halia membaiki penghadaman dan penyerapan makanan.
Bantu rawat penyakit usus digelar ‘irritable bowel syndrome’. Gunakan halia dalam sajian makanan setiap hari atau minum teh halia atau makan pil halia.

3. Halia merangsang sistem aliran darah.

  • Mengurangkan kolesterol.
  • Kurangkan kepekatan darah . Seterusnya cegah serangan jantung.
  • Membersih darah dan cegah bekuan darah.
  • Cegah angin akhmar.
  • Mencegah penyakit tua dan nyanyuk / alzheimer dengan amalan makan halia.

4. Bantu kurangkan berat badan.

  • Halia boleh memulihkan selera makan kepada makanan yang berkhasiat dan berzat. Ia boleh mengurangkan lemak pada badan kita.
  • Halia membantu stabilkan imbangan gula dalam darah.
  • Air halia mempercepatkan pemulihan otot-otot yang keletihan selepas bersenam.

5. Mengurangkan rasa loya dan muntah
Khususnya ketika hamil diperingkat awal, lepas bedah, ketika dalam perjalan jauh naik pesawat, bas, kereta atau kereta api. Begitu juga penghidap masalah ‘motion sickness’ . Amalkan minum teh halia.

6. Mengurangkan kesakitan sendi bagi pesakit2 arthritis.
Halia mengawal inflamasi/ radangan yang berlaku berterusan pada pengidap arthritis dan gout.

7. Mengurangkan gejala selsema, kahak dan lendir pada hidung dan saluran pernafasan serta sinus. Teh halia juga mengurang bau mulut.

8. Kurangkan ‘angin’ dalam badan, perut dan usus. Halia juga melancarkan aliran darah.

9. Mempercepat pemulihan/ healing lepas bedah atas sifatnya yang anti inflamatory. Memang jadi amalan orang2 timur khususnya kaum cina untuk memasak lauk ikan, ayam atau daging secara steaming atau rebus dengan gunakan banyak halia dan bawang untuk mereka lepas bersalin atau lepas pembedahan.

10. Ada yang mengatakan minum teh halia atau makan halia dalam sajian makanan harian boleh meningkatkan daya seksual.

Cara-cara Pengambilan Halia.

1. Menggunakan halia dalam masakan lauk, sayur atau seperti stim ikan atau ayam.
Lebihkan halia dan bawang semasa masak sup daging, stim ikan dan apa jua masakan.

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

2. Teh halia sebagai minuman harian.
Halia dihiris dan direbus dalam satu jug air hingga mendidih. Kemudian simpan semalaman. Air halia diambil dan hampas halia diasingkan. Air teh halia jika pekat boleh dicairkan dengan air suam. Teh halia sebaiknya diminum dengan madu atau gula kelapa.

3. Jeruk halia ala jepun.
Sering disajikan direstoran jepun. Memang menyelerakan.

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

4. Pil halia.
Halia yang dijadikan serbuk kemudian dimasukkan dalam kapsul pil. Makan setiap hari sebagai makanan tambahan.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗