. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Ketahui Tanda-tanda Awal Kehamilan

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Ketahui Tanda-tanda Awal Kehamilan
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Ketahui Tanda-tanda Awal Kehamilan

1. Payudara Membengkak / Terasa Sakit
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon.

2. Rasa Lelah Yang Berlebihan / Keletihan
Rasa lelah yang berlebihan akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa penat ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.

3. Mual / Loya / Muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenali oleh para wanita hamil. Sebabnya kerana peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya buat pemeriksaan dengan doktor.

4. Lebih Sensitif Terhadap Bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan bau yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

5. Kembung Perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil.

6. Kerap Buang Air Kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing. Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

Ketahui Tanda-tanda Awal Kehamilan

7. Sakit Kepala
Memang agak pelik, sebab sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, termasuk perubahan hormon yang ada di kepala buat anda sakit kepala.

8. Sakit Punggung
Sakit punggung yang dirasakan ketika hamil adalah kerana beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan berterusan ketika saat berat badan anda bertambah dan sepanjang masa kehamilan.

9. Krem
Memang krem akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyediakan tempat bagi bayi anda.

10. Mengidam
Sudah tidak asing lagi orang mengidam ketika hamil. Nak ini, nau itu lalu tiba-tiba anda ingin makan buah-buahan yang rasanya masam, padahal sebelum ni sangat benci pada buah yang rasanya masam.

11. Peningkatan Suhu Tubuh Badan
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Keadaan ini akan kerap berlaku sepanjang kehamilan.

12. Bau Badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebihan sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pening Atau Pengsan
Kadar gula yang rendah dalam badan buat anda rasa pening atau nak pengsan. Anda perlu kerap makan walaupun sedikit.

14. Munculnya Darah
Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau embrio menempel.

Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

15. Keputusan Positif Oleh Alat Ujian Kehamilan
Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari. Selepas mendapat keputusan yang positif, buatlah temujanji dengan doktor peribadi anda. Tahniah!

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Ketahui Tanda-tanda Awal Kehamilan

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗