. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Ketahui Maksud Bayi Kolik

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Ketahui Maksud Bayi Kolik
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Colic berasal dari perkataan Greek iaitu Kolikos yang bermaksud kolon (organ yang terletak di dalam perut). Ia kerana telah berabad lamanya kita percaya bahawa kolik disebabkan oleh kesakitan atau ketidakselesaan di dalam perut bayi.

Secara puratanya, kebanyakan bayi yang bukan kolic menangis selama dua jam dalam sehari. Tetapi karektor serta kekerapan tangisan bayi kolik memiliki kesemua ciri berikut:

*Simptom bermula seawal tiga minggu,

*Sekurang-kurangnyanya tiga jam dalam sehari,

*Tiga hari seminggu, selama tiga minggu berturut-turut dan selalunya akan berhenti selepas usia tiga bulan.

Sebanyak 25% hingga 40% dari populasi bayi yang lahir setiap tahun ialah bayi kolik. Setiap orang berkemungkinan mendapat bayi kolik pada setiap kehamilan.

Kolik bukanlah perkara asing. Ada banyak sebab yang menyumbang atau mencetus kepada kolik. Antaranya masalah perut besar atau perut kecil yang dikaitkan dengan sistem penghadaman bayi yang belum matang dan tidak pernah memproses makanan serta kekurangan bakteria probiotik, iaitu bakteria baik yang membantu proses penghadaman.

Ada juga disebabkan oleh sistem saraf dan otak bayi yang belum matang, yang menjadikan bayi sangat mudah merasa terancam walau dengan stimulasi kecil dari sekeliling. Tak kurang juga yang mengaitkan kolik dengan gas berlebihan di dalam perut bayi serta tingkah laku ibu yang mudah resah, kononnya bayi dapat merasa keresahan atau ketegangan emosi ibu maka ia mencetus rasa resah dalam diri bayi.

Ketahui Maksud Bayi Kolik

Hari ini dunia bayi telah tahu bahawa kesemua ini dibuktikan sebagai pencetus atau penyumbang kepada peratusan kecil sahaja kepada kolik. Saintis dan pakar mula mengenal pasti dan bersetuju bahawa punca utama kolik adalah kerana bayi ‘belum bersedia’ untuk dilahirkan dan masih belum boleh bertoleransi dengan keasingan dunia baru yang tidak menyediakan mereka dengan kesemua sensasi yang mereka dapatkan semasa berada di dalam rahim.

Sekarang kita telah mengetahui bahawa tiga jenis bayi berdasarkan karektor tangisannya. Apa pentingnya kita mengetahui tentang ketiga-tiga kategori bayi di atas? Kerana di luar sana, ada terlalu banyak salah faham berkaitan tangisan bayi akibat tahap kesedaran yang rendah.

Akhirnya ia membuat para ibu bertanya, “Mengapa bayi saya tidak seperti bayi orang lain?”, atau menyalahkan diri sendiri, “Mungkin saya belum bersedia menjadi ibu. Saya tidak pandai mententeramkan anak saya sendiri”.

Lebih buruk, kadangkala ibu bapa terpaksa berhadapan dengan kata-kata seperti, “Mengapa anak kamu asyik menangis? Saya ada lima orang anak dan tidak seorang pun seperti anak kamu”. Perit bukan? Sekarang anda telah tahu: ia tidak semestinya salah anda jika bayi kecil kerap menangis!

Kita juga jangan lupa bahawa bayi lahir dengan pakej personaliti yang telah ada di dalam genetik mereka. Ia adalah sumbangan anda berdua yang menambah lagi ciri unik setiap bayi.

Ketahui Maksud Bayi Kolik
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗