. . .
1495502832586

Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Di Bulan Ramadhan

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

KESILAPAN YANG KERAP DILAKUKAN DIDALAM BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh umat Islam.Ini kerana segala amalan yang baik itu digandakan ganjarannya dan diberi keampunan kepada mereka yang bertakwa dan mentauhidkan Allah.walau bagaimanapun, kita sering kali melakukan perkara yang tidak sepatutnya kita lakukan lantaran kekurangan ilmu dan keprihatinan umat islam kini untuk kita beroleh kenikmatan ramadhan.

Antara kesilapan yang dimaksudkan antaranya ialah:~

1) BERSAHUR DIWAKTU MALAM KERANA MALAS BANGUN KETIKA SAHUR
~Mereka yang kerap kali melakukan perkara sedemikian akan terhalang dari peroleh keberkatan dan kelebihan bersahur serta bercanggah dengan sunnah baginda Nabi kita.

2) BERSAHUR TETAPI MENGABAIKAN IBADAH LAIN
~ Antara waktu yang terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam adalah waktu seperti tersebut.Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya
( dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristigfar :Az-Zariyyat :18)

3) MENGANGGAP WAKTU IMSAK SEBAGAI WAKTU TAMATNYA SAHUR
~ waktu imsak adalah waktu amaran yang dicadangkan oleh beberapa ulama untuk memperingatkan bahawa pengakhiran waktu sahur sudah hampir.Janganlah antara kita yang memberi alasan bangun ketika sudah masuk waktu imsak lalu tidak berpuasa pada hari tersebut.Ulama bersepakat, waktu yang merupakan penamat bagi sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh).

4) TIDAK MENGUTAMAKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH SEBAGAIMANA TERAWIH
~ perkara ini amat jelas didalam masyarakat kita.ramai yang tidak sedar dan tidak mengetahui kelebihan solat fardhu berbanding solat sunat terutamanya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh baginda Nabi, bagi mereka yang mendirikannya secara berjemaah,maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

5) TIDAK MENUNAIKAN SOLAT KETIKA BERPUASA
~ ini merupakan kesilapan yang amat besar,solat bukanlah syarat sah puasa tetapi solat merupakan perkara utama sebagai seorang Muslim.Meninggalkan solat menyebabkan pusa seseorang itu tidak sempurna.

6) BANYAK TIDUR DI SIANG HARI DENGAN ALASAN IBADAH
~ Imam as-Sayuti menegaskan bahawa hadis berkenaan dengan tidur orang berpuasa itu adalah ibadah amat lemah.

7) WANITA TIDAK MENJAGA AURAT KETIKA BERAMAI-RAMAI BERTARAWIH DI MASJID
~ ramai wanita yang bertelekung ke masjid tetapi malangnya kaki dan aurat mereka sering kali terdedah ketika menaiki motor dan menaiki tangga masjid dihadapan jemaah lelaki.FADILAT mereka, solat dirumah adalah lebih tinggi daripada memdatangkan fitnah buat lelaki ketika berada di masjid.

8) TIDAK PERBANYAKKAN DOA DISAAT BERPUASA DAN BERBUKA
~ Amatlah merugikan dan sombong bagi mereka yang tidak berdoa dan memohon kepada Allah.Nabi SAW bersabda yang bermaksud
” tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka,pemimpin yang adil,orang yang berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang dizalimi. Riwayat At-Tirmizi.)

Oleh yang demikian,jom kita cuba ubah dari kebiasaan yang merugikan kita semasa ramadhan kepada tindakan luar biasa dalam mencari keberkatan Didalam bulan yang mulia ini.

Jadikan sunnah satu amalan
Di dalam sunnah ada kejayaan

1495502832586

Tajuk Idaman Dunia

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗