. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Kesan Bayi Menangis Berlebihan

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Tahukah anda bayi kecil lahir dengan lebih 75 refleks? Salah satu refleks tersebut ialah menangis. Ya! Menangis kekal sebagai refleks untuk beberapa bulan awal usia bayi. Ini bermakna, menangis bukan sesuatu yang disengajakan, difikirkan, dipelajari atau diada-adakan oleh bayi kecil. TIDAK!. Menangis adalah sistem semulajadi untuk bayi memberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya atau ada keperluannya, samada secara fisiologi ( lapar, ingin sendawa, mengantuk dan lain-lain ) atau secara emosi yang perlu dipenuhi.
Satu fakta penting yang harus di ketahui oleh semua orang ialah tangisan berlebihan boleh memudaratkan bayi. Sains memberitahu kita bahawa bayi akan merasa panik dan resah bila dibiarkan menangis tanpa diberi perhatian,. Labih dari itu, ia amat memudaratkan bayi serta memberi impak negatif terhadap otak bayi. Fakta di bawah adalah penerangan sains terhadap perkara ini

1. Ketidakstabilan hormon dan bahan kimia didalam otak

Kajian mendapati, bayi yang sering dibiarkan bersendirian dalam suasana yang tertekan mempunyai tahap lambakan hormon kortisol (stress related hormone) yang abnormal. Dr Allan Schore dari UCLA School of Medicine menjelaskan lambakan hormon ini memusnahkan hubungan antara saraf di bahagian penting otak bayi yang sedang berkembang.

Fakta kemusnahan hubungan antara saraf atau dipanggil neurotransmitter ini juga dijelaskan oleh pasukan pengkaji di Universiti Yale dan Harvard Medical School. Pasukan ini mendapati tahap kemusnahan dalam otak bayi yang sangat sering dibiarkan menangis bersendirian menyamai kemusnahan otak orang dewasa yang mengalami penyakit depresi.

Kajian lanjutan berkaitan impak negatif tangisan terhadap otak menunjukkan bayi mengalami potensi peningkatan 10 kali ganda menjadi kanak-kanak ADHD (Attention Deficit and Hyper Activity Disorder) iaitu kurang tumpuan pembelajaran di sekolah dan kemahiran sosial yang lemah.

Hal ini dapat dijelaskan oleh penemuan oleh Dr Bruce Perry dari Universiti Baylor. Beliau mengatakan bayi yang dibiarkan menangis untuk tempoh yang panjang berdepan dengan stimulasi stress-kronik yang melampau (chronic stress over stimulates) didalam otaknya. Situasi ini akan mengubah fungsi dan struktur otak bayi secara amnya.

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

2. Kemunduran perkembangan intelektual, emosi dan kemahiran sosial

Pasukan Dr Rao dari National Institute of Health USA membuktikan, bayi yang mengalami episod tangisan yang berpanjangan (tetapi bukan disebabkan Colic) pada tiga bulan pertama hidupnya mempunyai tahap IQ rendah iaitu purata 9 mata kurang menjelang usia lima tahun berbanding kanak-kanak lain. Kanak-kanak ini juga menunjukkan kelembapan perkembangan fungsi motor badan.

Para pengkaji di Universiti Pennsylvania dan Arizona pula mendapati bayi yang menangis secara berlebihan di awal usianya mempamerkan kesukaran mengawal emosi seawal usia 10 bulan dan menjadi sangat cerewet walaupun ketika cuba ditenangkan. Ia kerana sistem badan dan otak bayi sudah terbiasa berada di dalam fasa sistem adrenalin terlebih aktif (over active adrenalin system) hasil keresahan dan panik berpanjangan kerana tangisan mereka diabaikan.

Dakap, dukung, angkat dan ciumlah bayi kecil anda sebanyak mungkin. Ia kuasa survival bayi kecil yang lebih besar dari sekadar diberi susu dengan cukup namun dinafikan sentuhan dan layanan kasih sayang secukupnya.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗