. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Kerak Di Kepala Bayi

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Kerak di kepala ( cradle cap ) adalah lapisan tebal berkeping berwarna keperangan/kekuningan hasil dari sel-sel kulit mati dan minyak. Kerak dikepala tidak merbahaya, tetapi ia mengambil masa untuk dihilangkan, dari itu adalah baik untuk cuba mengelakkannya dari ia mula berlaku.

Ia kelihatan seperti lapisan tambahan nipis kulit mati, dikulit kepala bayi. Ianya boleh menyerpih keluar dan nampak seperti serangan kelemumur yang teruk, dengan serpihan yang besar-besar dan kulit kepala yang berkeping-keping. Ianya sedikit berminyak, dan berwarna keperangan / kekuningan. Ianya dipanggil ‘cradle cap’ (kerak dikepala), dan terdiri daripada kulit-kulit mati, dan sebum dari kelenjar kulit bayi, dan ianya disebabkan oleh peredaran darah yang menurun.

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Penawar Untuk Kerak Di Kepala
Kerak dikepala bukanlah masalah yang serius, tetapi ia akan mengambil sedikit masa untuk dikawal. Mengelakkannya dari berlaku adalah pilihan yang lebih baik, dan ianya mudah:

• Basuh dan keringkan kulit kepala bayi setiap hari
• Sikat rambut dan kulit kepala bayi menggunakan sikat beberus halus. Mula-mula pada satu arah, kemudian pada arah yang lain.
• Sapu kulit kepala dengan minyak zaitun atau minyak kelapa dara dan biarkan ia semalaman
• Pagi esoknya, basuh rambutnya, dan keluarkan serpihan kulit kepala yang berkeping-keping menggunakan sikat berberus halus. Kebanyakan masa ini akan menghilangkan kulit kepala yang berkeping-keping.

Jika kerak kepala bayi anda merebak ke dahi dan bulu keningnya, anda perlu dapatkan shampoo yang baik atau 2% jel petroleum sasilat dari ahli kimia. Pastikan anda membaca arahan dengan teliti. Sekiranya kerak dikepala tidak juga hilang, dapat nasihat bidan atau doktor perubatan.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗