. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Kepentingan Tuam Bayi Lelaki

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
013
Selepas mandi, biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.Angin pasang berlaku dalam keadaan apabila berlaku penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin.

Gangguan ini sering terjadi pada kawasan perut dan yang keluar ialah bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak digalakkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.
014
Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak lelaki dituam ketika dalam pantang. Biasanya bahagian sekitar perut, pusat, ari-ari dan bawah kemaluan bayi lelaki akan dituam selepas mandi.

Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam ialah menggunakan punjut dan daun-daun herba. Bahan-bahan yang dimasukkan kedalam punjut adalah
Jintan hitam,
Lada hitam,
Biji sawi,
Pasir, halba.
Bahan-bahan ini biasanya dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan. Ada yang menggunakan hanya satu jenis.

Manakala daun-daun herba yang sering digunakan untuk menuam adalah :
Daun sirih,
Daun kecubung dan
Daun mengkudu.

Daun-daun ini biasanya dilayur terlebih dahulu sebelum digunakan.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗