. . .
Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Keletah Si Manja Menangi Hati Ayah

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Keletah Si Manja Menangi Hati Ayah
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing Sunnah - Minuman Kegemaran Dunia

Biasanya yang bergelar ayah selalunya berpewatakan tegas dan garang. Anak-anak jadi takut dan cuak hendak buat salah kalau ayah ada depan mata. Tapi itu mungkin berlaku di kalangan anak-anak yang sudah besar dan faham erti hormat.

Bagaimana pula kalau si kecil yang berusia bawah dua tahun dan masih terkedek-kedek berjalan sambil buat muka comel depan ayah dan tak faham erti dimarahi. Rasanya ayah yang garang pun boleh jadi cair tengok gelagat comel si manja kesayangan keluarga.

Bak kata kakak dan abang, hanya adik kecil sahaja yang boleh cairkan hati ayah. Ini antara perkara ‘sweet’ yang dilakukan oleh si kecil sampai ayah rasa tak jadi nak marah! Anak-anak anda pun mesti berperangai macam ni kan?

1. Urut kaki

Mungkin selalu sangat tengok ibu, kakak atau abang urut kaki ayah yang keletihan, si kecil tiba-tiba tanpa disuruh akan mengurut-urut dan menumbuk manja kaki ayah ketika ayah sedang tertidur.

Eh, nampak comel je. Nak ketawa pun ada bila terlihat gelagat ini tapi dalam masa yang sama rasa terharu melihat aksi spontan si kecil. Benarlah bahawa si kecil belajar daripada apa yang selalu diperhatikan. Jadi sentiasa tunjukkan yang baik-baik sahaja kepadanya.

2. Cium pipi

“Adik, kiss ayah. Ayah nak pegi kerja ni.” Bayangkan anak kecil yang baru ‘dapat kaki’ jalan terkedek-kedek mendekati anda dan memberikan ciuman ke pipi ayah. Oh, tiada yang lebih bahagia selain daripada momen ini. Rasa nak menangis je! Betul tak?

3. Tolong sikat rambut

Selalunya ayah yang tolong sikatkan rambut si manja tapi tak sangka pula dia mengulang semula perbuatan tersebut. Gaya sikat memang tak berapa menjadi tapi usaha yang ditunjukkan tersebut patut diberikan pujian dan pastinya ayah pun tak boleh marah walaupun rambut jadi kusut masai.

Keletah Si Manja Menangi Hati Ayah

4. Picit kepala

“Eh, tangan kecik sapa yang picit kepala ayah ni?” Bersungguh-sungguh anak anda cuba hendak memicit kepala. Itu tandanya dia anak yang prihatin dan bijak meniru perbuatan orang dewasa. Hilang rasa sakit kepala ayah apabila si comel memicitkan kepala.

5. Bagi ‘flying kiss’

Selain daripada sudah pandai melambai tangan apabila ayah hendak keluar bekerja, si comel juga memberikan ‘flying kiss’. Bayangkan bayi anda yang baru pandai tersenyum dan melambai turut memberikan ‘flying kiss”. Eh, siapalah yang tak bahagia jadi ayah kalau macam ini.

6. Sambut ayah balik rumah

Si kecil memang bijak. Dia boleh mengagak waktu ayah biasa pulang ke rumah. Mendengar sahaja bunyi ayah membuka pintu rumah, dia sudah mendahului orang lain cubaan membukakan pintu untuk ayah. Wajah cerianya menyambut ayah balik dari kerja menghilangkan rasa penat seharian di pejabat dan mengharungi jem di jalan raya.

Mungkin ada banyak lagi perkara ‘sweet’ yang tidak dijangka akan dilakukan oleh si kecil. Semuanya pasti akan menjadi kenangan terindah bergelar seorang ayah. Hargainyalah!

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keletah Si Manja Menangi Hati Ayah

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗