. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Kebaikan Senaman Untuk Ibu Hamil

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa senaman amat penting sepanjang kehamilan. Ia bukan sahaja dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan, tetapi secara langsung dapat memperbaiki posisi badan dan mengurangkan ketidakselesaan semasa hamil seperti sakit belakang dan keletihan.

Jom baca 6 kebaikan senaman untuk ibu hamil

1. Meningkatkan tenaga
Kehamilan boleh mengganggu hormon dan tenaga ibu. Senaman boleh membantu ibu menyelesaikan tugas-tugas harian dengan lebih baik kerana setiap senaman dapat menguatkan sistem kardiovaskular. Tak perlu bersenam secara berlebihan, cukup sekadar membeli barang keperluan rumah di kedai sudah boleh menguatkan dan menurunkan otot-otot yang kendur.

2. Tidur yang lebih baik
Senaman akan membantu ibu untuk lebih mudah untuk berehat setelah hari yang penuh tenaga.

3. Mengurangkan ketidakselesaan
Senaman yang teratur akan membuatkan otot-otot meregang dan menguatkannya. Ini akan membantu mengatasi kesakitan seperti sakit belakang. Ia juga akan meningkatkan aliran darah dan menguatkan otot-otot abdomen seperti berenang.

4. Lebih bersedia menghadapi kelahiran
Melahirkan bayi memerlukan stamina, keazaman dan juga tumpuan. Dengan bersenam, ibu dapat melalui proses bersalin dengan lebih mudah InsyaAllah. Tenaga yang digunakan untuk meneran juga pasti cukup InsyaAllah.

5. Kurangkan tekanan
Senaman dapat menggalakkan peringkat serotonin (bahan kimia di dalam otak) yang dapat menenangkan ibu dalam semangat yang lebih baik. Ibu-ibu sebaiknya elakkan rasa tertekan semasa hamil kerana ia dapat mengganggu pembesaran janin terutama sekali dari segi emosinya.

6. Kembalikan bentuk badan
Senaman bolej menjadi motivasi kepada ibu selepas bersalin nanti. Semasa hamil, senaman dapat membantu ibu mengawal kenaikan badan yang terlalu mendadak di mana kenaikan berat melampau dapat menyumbang kepada obesiti, darah tinggi, kencing manis semasa hamil, dan stretch mark yang banyak. Akan tetapi, ibu tidak boleh berdiet semasa hamil ya? Selain senaman, amalan makanan seimbang juga turut membantu.

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Sekiranya sebelum hamil ibu memang seorang yang aktif bersenam, amat digalakkan untuk bersenam setelah hamil namun jenis senaman haruslah berpada dan sesuai dengan keadaan hamil. Contoh senaman yang paling selamat ialah berjalan kaki.

Walau bagaimanapun, jika ibu tidak bersenam atau bukan jenis yang suka bersenam, ibu boleh menumpukan perhatian kepada rutin kerja di rumah untuk menggantikan senaman agar membantu ibu menenangkan diri dan menghadapi kelahiran dengan lebih bersedia.

Jenis-jenis senaman yang sesuai untuk ibu-ibu hamil mestilah bersifat lembut seperti:

  • Yoga
  • Pilates
  • Tai Chi
  • Berjalan
  • Berenang
  • Senaman Keseimbangan Badan

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗