. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Kaya Jiwa Kaya Hakiki

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari:
“Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda, tetapi sebenar-benar kaya ialah kaya jiwa (hati)”.

Kekayaan jiwa adalah kekayaan hakiki. Tidak ramai yang mempunyai kekayaan harta memiliki kekayaan jiwa. Kaya jiwa apabila imannya kukuh, hatinya kental dalam apa juga keadaan. Bila seseorang itu kaya hati, miskin atau kaya keadaannya sama sahaja. Sama sekali tidak menyusahkan hatinya atau menggugatkan jiwanya.

6 Perkara Asas Untuk Mencapai Kekayaan Jiwa Dalam Kehidupan:
1. Sentiasa Bersyukur
Ini adalah tabiat istimewa yang boleh mengubah hidup menjadi lebih baik. Bahkan Islam mendorong kita bersyukur tidak hanya untuk perkara yang baik-baik, tetapi juga dalam menghadapi kesusahan dan hari-hari yang terburuk. Memang sukar untuk bersyukur, namun kita boleh belajar secara bertahap. Mulailah mensyukuri kehidupan, mensyukuri kesihatan, keluarga, sahabat dan sebagainya. Lama-kelamaan kita akan boleh bersyukur bila berhadapan dengan kesusahan dan situasi yang buruk.

2. Selalu Berfikiran Positif
Hidup kita dibentuk oleh apa yang paling sering kita fikirkan. Kalau kita selalu berfikiran positif, maka kita akan lebih cenderung untuk mempunyai peribadi yang yang positif. Ia akan mengarahkan kepada kebenaran, kebaikan, kasih sayang, harapan dan kebahagiaan di dalam hati

3. Mendahulukan Perkara Yang Penting
Apa sahaja yang perkara yang paling penting, dahulukanlah! Jangan biarkan hidup terjebak dalam perkara-perkara yang tidak penting sementara hal-hal yang penting pula terabai. Mulailah memilih mana perkara yang penting dan mana yang tidak. Tabiat mendahulukan yang penting akan membuat hidup lebih efektif dan produktif dan meningkatkan keyakinan diri secara tidak langsung

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

4. Tidak Berlengah Untuk Bertindak
Bila kita sudah mempunyai pengetahuan, sudah mempunyai tujuan yang hendak dicapai dan sudah tahu mengenai apa yang harus dilakukan, maka langkah selanjutnya adalah bertindak. Biasakan diri untuk menghargai waktu. Lawanlah rasa malas dengan jadikan diri lebih aktif. Banyak orang yang gagal dalam hidup kerana hanya mempunyai impian dan hanya mempunyai tujuan tetapi tak mahu melangkah.

5. Menabur Benih Kebaikan
Prinsip menabur benih ini sentiasa berlaku dalam kehidupan. Pada waktunya kita akan menuai yang apa yang kita taburkan. Bayangkan betapa kayanya hidup bila kita selalu menebarkan benih ‘kebaikan’. Tetapi sebaliknya, betapa miskinnya kita bila selalu menabur keburukan.

6. Hiduplah Dengan Jujur
Tanpa kejujuran, kita akan merosakkan harga diri dan masa depan. Mulailah membiasakan diri bersikap jujur, tidak sahaja kepada diri sendiri tetapi juga terhadap orang lain. Jika anda sudah terbiasa berbohong, itu adalah masalah. Berusahalah untuk menguruskanlah sikap suka berbohong itu sedikit demi sedikit.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

 

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗