. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Kawal Kepanasan Badan Ketika Hamil

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kawal Kepanasan Badan Ketika Hamil
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Kebanyakan ibu hamil mudah merasa panas dan cepat mengeluarkan peluh berbanding keadaan normal. Penyebab rasa panas ketika hamil adalah kerana perubahan hormon dan peningkatan aliran darah ke kulit yang menyebabkan peningkatan suhu badan. Asalkan rasa kepanasan itu masih dalam paras normal, ia tidak membahayakan perkembangan janin.

Biarpun ibu hamil kerap berpeluh tetapi badan kurang mengeluarkan bau kerana bau yang dihasilkan kelenjar di kawasan sekitar ketiak dan payu dara berkurangan sepanjang kehamilan. Namun sudah semestinya rasa kepanasan tersebut membuatkan ibu kurang selesa.

Kebanyakan ibu hamil merasakan kepanasan walaupun dalam persekitaran udara yang tidak panas tetapi ia cukup membuatkan badan berpeluh. Mungkin anda boleh melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan rasa kepanasan ketika berbadan dua.

Pakai Pakaian Selesa
Sepanjang mengandung pastikan anda sentiasa memakai pakaian yang selesa, longgar, ringan dan diperbuat daripada kain kapas. Pemilihan fabrik dan fesyen yang tidak bersesuaian hanya akan membuatkan anda semakin tidak selesa dan kepanasan.

Elakkan Panas Terik
Sebaiknya elakkan daripada terdedah secara langsung pada cahaya matahari. Jika boleh elakkan daripada selalu berada di luar rumah pada masa cuaca panas terik atau di tempat yang ramai orang dan sesak.

Aktiviti Bebas Panas
Jika anda merupakan ibu hamil yang aktif bersukan, pastikan ketika melakukan senaman tersebut anda tidak berada terus pada pancaran sinar matahari. Senaman berenang adalah aktiviti paling digalakkan ketika hamil kerana ia satu-satunya yang tidak membuatkan suhu badan cepat meningkat.

Sejukkan Badan
Cara paling mudah untuk mengurangkan rasa kepanasan dan berpeluh iaitu berada terus pada ruang yang berhawa dingin atau berkipas. Ia membantu mengurangkan rasa kepanasan anda.

Kawal Kepanasan Badan Ketika Hamil

Banyakkan Minum
Selain mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan kulit terus lembap, minum banyak air juga dapat menghindarkan anda daripada merasa lemas dan kurang bertenaga. Minum sekurang-kurangnya dua liter air setiap hari dan perbanyakkan lagi apabila anda membuat aktiviti senaman atau cepat berpeluh.

Guna Bedak Tabur
Sapukan bedak tabur pada badan yang berpeluh kerana ia cukup berkesan menyerap peluh atau kelembapan berlebihan pada kulit. Ia juga membantu mencegah ruam kulit yang boleh muncul ketika anda kepanasan.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Kawal Kepanasan Badan Ketika Hamil

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗