. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Gaya Hidup Mesra Alam

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Assalamualaikum mommies
Going green bukan sahaja dapat membantu mengurangkan pencemaran alam di sekitar kita, ia juga dapat membantu para ibu menyediakan persekitaran dan gaya hidup yang lebih sihat untuk suami dan anak-anak.

Namun begitu, tahukah ibu akan makna sebenar gaya hidup mesra alam? Bukan setakat kumpul sampah plastik dan kaca asing-asing tau, tapi lebih dari itu. Penggunaan produk yang mesra alam dan perubahan gaya hidup perlu dilakukan untuk memastikan misi going green ini berjaya. Contoh paling simple yang boleh ibu mulakan dari sekarang ialah mengurangkan pembaziran air kerana ia dapat menjimatkan kos,air dan tenaga. Mungkin impaknya tidaklah terasa dengan cepat, tetapi dalam jangka masa panjang.

Produk mesra alam selalunya tidak bertoksik, boleh dikitar semula dan mudah reput. Sudah tentu kriteria ini boleh ibu jadikan panduan di dalam mencari produk untuk bayi tersayang. Pada zaman sekarang, produk mesra alam amat mudah untuk diperolehi. Hanya perlu lakukan sedikit kajian dan banyakkan membuat survey untuk mencari yang mana sesuai untuk bayi dan ibu.

Ibu blur tak tahu nak mula daripada mana? Jom baca kriteria dan tips hijau berikut sebagai panduan asas ke arah cara hidup yang lebih eco-friendly! Demi suami dan anak-anak!

Tips 1
Membeli plastik yang selamat

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Plastik biasa selalunya akan mengandungi bahan-bahan kimia seperti bisphenol A(BPA), polybrominated diphenyl ethers (PBDE) dan tetrabromobisphenol A (TBBPA). Bahan-bahan ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan hormon pada badan manusia dan hidupan yang lain.

Yang paling biasa kita dengar ialah BPA. BPA ini juga terdapat di dalam barangan bayi seperti botol susu dan botol minuman. BPA selalu dikaitkan dengan kanser, kerosakan sistem imun, hyperaktif dan masalah lain.

Apa yang boleh ibu lakukan ialah dengan memilih penggunaan botol yang bebas BPA. Sebagai alternatif lain, boleh gunakan botol kaca tetapi harus berhati-hati ketika menggunakannya. Sekiranya agak sukar untuk keluar daripada norm, ibu juga boleh menggunakan botol yang menggunakan plastik yang lebih lembut – polyethlene, polypropylene, atau polyamide.

Smart Tips

  • Buang botol-botol yang dah nampak kelabu atau ada kesan scratch.
  • Jangan panaskan botol plastik di dalam mikrowave atau basuh di dalam dishwasher kerana haba panas akan membebaskan bahan kimia yang terdapat di dalam plastik.

Tips 2
Penggunaan Lampin

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Lampin pakai buang atau lampin kain? Terlalu banyak pro dan con dalam bab-bab lampin ni. Sesetengah ibu lebih suka menggunakan lampin pakai buang kerana ia lebih menjimatkan masa dan senang, tetapi tahukah ibu ia boleh menyebabkan saluran sumbat di tempat pelupusan sampah?

Sekiranya ibu yang memilih untuk menggunakan lampin kain, ibu akan berjimat sakan kerana lampin boleh digunakan semula tetapi ibu memerlukan masa dan tenaga untuk membersihkan lampin-lampin tersebut. Cara yang lebih bijak ialah dengan menggunakan lampin pakai buang dan lampin kain ini secara bergilir-gilir mengikut keperluan semasa, dan memastikan cara cucian dan pembuangannya dilakukan secara mesra alam.

Haa macam mana tu? Ok, sebagai contoh – pergi travelling atau di rumah pengasuh. Lebih mudah untuk ibu menggunakan lampin pakai buang bukan? Ya sememangnya betul. Lagi-lagi anak jenis yang kerap buang air, memang surrender la ibu-ibu ye. Jadi tak perlu nak bersusah payah menggunakan lampin kain, penat pula kalau kumpulkan dan cuci bila balik ke rumah.

Ibu boleh cuba untuk mencari lampin pakai buang yang mudah lupus (biodegradable) yang selalunya diperbuat daripada plastik berasaskan tumbuhan (bioplastics). Hujung minggu pula bolehlah nak ber-lampin kain pula. Ibu-ibu yang moden zaman sekarang mesti pernah dengar tentang lampin kain moden atau cloth diaper kan? Ada terdapat pelbagai jenis cloth diaper yang comel-comel terdapat di pasaran sekarang.

Ada yang jenis siap jahit tak perlu nak cuci satu satu, ada yang jenis pocket dan ada yang jenis pasang cabut. Materialnya agak tebal dan diperbuat daripada bahan yang mesra alam seperti bamboo cotton. Harga kemungkinan lebih mahal sedikit berbanding lampin kain biasa tetapi ia lebih mudah untuk dicuci dan tidak mudah bocor.

Tips 3
Pemakanan Bayi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Susu ibu adalah cara penyusuan yang paling mesra alam setakat ini ( dan sampai bila-bila ). Susu ibu adalah semulajadi dan bebas bahan kimia. Nak buat persediaan pun tak banyak, tak perlu nak bancuh bagai.

Akan tetapi, ibu menyusukan haruslah memilih produk persediaan menyusu yang organik atau bebas bahan kimia seperti pad menyusu, krim puting, pam susu dan lain-lain yang ibu perlukan. Pad menyusu boleh cuba guna reusable pad yang berasal daripada kapas organik ke dan krim puting daripada lanolin organik. Untuk pemilihan pam susu pula, pilihlah yang berkualiti tinggi agar tidak mudah rosak dan mudah pengendaliannya.

Untuk bayi yang bottle feeding, ibu disarankan untuk menggunakan botol dan puting yang diperbuat daripada bahan tidak bertoksik. Again, carilah yang bebas BPA.

Sekiranya bayi sudah mencecah umur 6 bulan, sudah tiba masa untuk memperkenalkan solid food pula. Kaedah paling mesra alam ialah dengan menyediakan homemade solid food kerana bebas gula, pengawet, perisa dan kanji yang berlebihan. Memasak sendiri makanan bayi adalah lebih bersih dan selamat penyediaannya. Kalau boleh, carilah sayuran dan buah-buahan organik agar makanan tersebut lebih terjamin kualitinya.

Ibu boleh luangkan masa di hujung minggu untuk menyediakan stok makanan dan sejuk bekukan untuk memastikan rasa, warna dan zatnya terjaga. Ini lebih baik daripada processed baby food. Tidak dinafikan makanan bayi di pasaran adalah lebih mudah untuk ibu yang bekerja atau travelling tetapi bermula sedikit demi sedikit, hari demi hari.. insyaAllah kesihatan anak pun lebih terjaga dan tiptop. Ibu pun senang hati tak perlu belanja lebih. Oh, pastikan bekas plastik untuk menyimpan stok makanan bayi juga BPA-free ya?

Tips 4
Baju Hijau

Bukan baju berwarna hijau ye. Senang nak cari baju yang comel-comel kat pasaran sekarang, pergilah ke mana-mana pun. Akan tetapi, lebih praktikal untuk eco mama mencari pakaian yang diperbuat daripada material yang selamat. Antaranya kain yang diperbuat daripada 100% kapas dan kain bamboo kerana sejuk dan lembut. Ini juga boleh menjadi alternatif buat bayi yang mempunyai kulit sensitif, ekzema dan sebagainya.

Kenali fabrik popular yang mesra alam, antaranya :

  1. Organic cotton – kapas yang ditanam dan diproses tanpa pestisid atau baja
  2. Recycled cotton – kapas yang terasing semasa pembuatan dan diguna semula menjadi kapas kitar semula.
  3. Soybean fibre – Diperbuat daripada lebihan pulpa kacang soya dari pembuatan tofu dan susu soya.
  4. Bamboo – Buluh tumbuh sekitar 4 kaki setiap hari dan secara semulajadi adalah anti microbial dan tidak memerlukan pestisid atau bahan kimia untuk tumbuh.

Tips 5
Cucian Mesra Alam

Untuk menjimatkan tenaga elektrik dan tenaga ibu, boleh kumpul baju untuk dicuci daripada mencuci sedikit-sedikit setiap hari. Tak kira la mesin cuci baju yang paling high-tech-energy-efficient pun tetap akan guna air yang banyak jadi apa salah ibu manfaatkan kegunaan air tersebut. Melainkan baju yang dah terbasah atau kotor teruklah.

Apabila mencuci lampin pula, ibu sebaiknya elakkan daripada memakai bleach untuk memutihkan lampin. Ia cenderung untuk menghasilkan organochlorines, yang dikhuatiri bersifat carcinogen (penyebab kanser) dan bertoksin untuk sistem imun badan.

Terbaik ialah dengan mencuci pakaian bayi dengan detergen yang sesuai untuk bayi. Sesetengah ibu lebih bersifat natural dengan membuat pencuci natural iaitu menggunakan baking soda dan cuka.

Tips 6
Set Penjagaan Organik

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Untuk kulit bayi yang mulus, less is more. Tidak perlu berlebih-lebihan dalam penggunaan sabun, krim, losyen dan syampu yang kuat bahan-bahannya. Bahan ini boleh menyebabkan kulit bayi kehilangan kelembutan pada kulitnya. Pastikan set penjagaannya tidak mengandungi pewarna tiruan, aditif dan wangian. Ini boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit, kesian bayi ibu.

Baca label pada produk penjagaan kulit dan hindari daripada bahan-bahan seperti parabens, DEA, phthalates dan SLS ( Sodium Lauryl/Laureth Sulfate).

Antara jenama penjagaan organik yang terkenal dengan cara penjagaannya ialah Buds, Baby Organix, Baby Tropika, Earth Mama Angel dan Moo Goo. Ada banyak lagi jenama-jenama yang lain, yang penting ibu kena pastikan label pada produk dan mempunyai logo eco–certified.

Semoga ibu-ibu (dan bapa-bapa) lebih mudah untuk mempraktikkan gaya hidup mesra alam selepas ini dengan adanya tips di atas.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗