. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Fungsi Air Ketuban

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Air ketuban yang berkurangan juga dikenali sebagai Oligohydramnius. Ia dapat dikenalpasti melalui ultrasound 4D. Jadi, ia tidak dapat dijangkakan secara fizikal atau teka-teka.

Apakah Fungsi Air Ketuban?

  • Untuk melindungi bayi dari hentakan yang mungkin berlaku. Ibarat macam kusyen yang menyerap sebarang hentakan atau trauma yang mungkin terjadi.
  • Mengekalkan suhu persekitaran supaya bayi tidak mengalami kehilangan haba.
  • Membantu dalam perkembangan paru-paru dan sistem penghadaman bayi.
  • Membantu perkembangan otot dan tulang bayi kerana bayi boleh bergerak dalam air ketuban tersebut. Ia juga bagi ruang pada tali pusat daripada terhimpit.

Air ketuban yang berkurangan bukannya sesuatu yang normal berlaku setiap kali kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang kadang-kadang tidak dapat dielakkan.

  1. Air Ketuban Terbocor
    Salah satu tanda bersalin yang famous ialah air ketuban yang terbocor. Bila berlaku perkara sebegini, jangan terlalu melengahkan untuk pergi ke hospital. Air ketuban yang berkurangan akan memberi impak negatif kepada kandungan jika dibiarkan terlalu lama.
  2. Masalah Perkembangan Janin
    Semasa proses perkembangan janin, pembentukan buah pinggang mungkin tidak terbentuk dengan baik. Maka, proses perkumuhan janin tidak dapat berjalan dengan lancar dan menyebabkan air ketuban yang telah ditelan hanya dapat dikeluarkan kembali dengan kuantiti yang kurang.
  3. Masalah Plasenta
    Uri gagal melekat dengan betul ke dinding rahim dan menyebabkan bekalan makanan kepada janin tidak mencukupi. Ini boleh mengganggu perkembangan organ dalaman penting bayi seperti buah pinggang.
  4. Bayi Kembar
  5. Ibu Yang Mempunyai Masalah Kesihatan
    Ibu mempunyai risiko untuk mempunyai masalah ini sekiranya mengalami Pre-Eclampsia, kencing manis, darah tinggi, dan penyakit Lupus (SLE).

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Masalah air ketuban berkurangan harus diambil serius untuk ibu bapa baru kerana terdapat risiko-risiko yang boleh terjadi.

  1. Bayi akan lemas akibat tali pusat terhimpit. Aliran oksigen dan darah terganggu dan ini boleh menyebabkan kematian.
  2. Bayi lahir secara pra-matang.
  3. Pembesaran bayi terganggu akibat ketiadaan ruang yang selesa untuk berkembang.

Cara Menambah Air Ketuban?
Jika ditanyakan kepada doktor, sudah tentu tiada ubat yang spesifik untuk membantu permasalahan ini. Pihak hospital hanya mampu untuk memantau dan bersiap sedia untuk kelahiran awal sekiranya ibu berada dalam keadaan bahaya. Menurut petua orang tua dahulu, boleh ikhtiarkan dengan meminum air kelapa dan air tembikai.

Mencegah Lebih Baik
Ibu seharusnya mengambil berat tentang diet pemakanan apabila sudah disahkan hamil. Diet yang seimbang dan mengambil vitamin yang sepatutnya insyaAllah dapat mengelakkan masalah air ketuban berkurangan ini daripada berlaku.

Semoga dengan pencerahan ini, ramai ibu bapa yang akan lebih peka tentang masalah yang kita mungkin tak terfikir boleh berlaku.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗