. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Elak Kaki Kejang Masa Hamil

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

Kaki kejang semasa mengandung yang menyakitkan berlaku disebabkan oleh kontraksi otot luar kawalan yang akan menjejaskan betis kaki. Kejang kaki semasa mengandung adalah biasa. Ia boleh berlaku bila-bila masa dan sering berlaku pada waktu malam semasa trimester kedua dan trimester ketiga.

Mengapakah kaki kejang semasa mengandung boleh berlaku?
Kaki kejang semasa mengandung mungkin disebabkan:

  • Pembentukan asid laktik pyruvic ( hasil sampingan metabolisme gula dan kanji) akan menjejaskan pengaliran darah di kaki.
  • Kelebihan fosforus ( didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas).
  • Kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda. Pengambilan vitamin yang mencukupi semasa kehamilan adalah penting untuk ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan.
  • Tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

Apakah cara untuk mengatasi apabila kaki kejang semasa mengandung berlaku?

  • Anda harus meregang dengan meluruskan kaki anda. Bermula dengan tumit terdahulu dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Anda akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.
  • Urut otot kaki yang kejang.
  • Mandi dengan air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.
  • Anda boleh berjalan untuk beberapa minit.

Tips mengatasi kaki kejang semasa mengandung

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

  • Pakai stoking sokongan, memilih kasut sesuai dan selesa untuk sepanjang hari.
  • Buat senaman regangan otot sebelum tidur. Anda boleh menarik jari kaki anda ke arah lutut anda sambil menolak tumit anda jauh dari badan anda.
  • Jangan berdiri dalam jangka masa yang lama.
  • Ambil kalsium dan kalium tambahan sebelum tidur.
  • Minum air yang mencukupi boleh membantu mencegah kekejangan.

Susu Kegemaran Dunia - i~Sunnah™

  • Alaskan kaki anda dengan bantal ketika anda tidur.
  • Urutkan kaki betis anda sebelum tidur.
  • Menjalankan senaman yoga kehamilan boleh membantu mencegah kaki kejang.
  • Sentiasa putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗