. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Elak Bayi Sembelit

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Sembelit pada bayi akan membuatkan kita menjadi risau. Berikut adalah langkah-langkah mudah yang boleh diambil untuk melegakan ketidakselesaan bayi anda dan mencegahnya daripada sembelit.

Langkah 1

Perhatikan perubahan najis bayi apabila terdapat perubahan diet pada bayi. Terdapat sesetengah makanan mungkin menyebabkan bayi sembelit. Jangan ambil makanan yang boleh menyebabkan sembelit seperti:-

  • Bijirin beras
  • Pisang
  • Lobak yang dimasak
  • Keju
  • Yogurt
  • Roti putih
  • Pasta
  • Kentang berlebihan

Langkah 2

Beri bayi anda makanan yang membantu melembutkan najis, seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat. Buah-buahan dengan sorbitol (seperti epal dan plum) membantu mengelakkan najis daripada menjadi kering dan padat. Makanan yang membantu melembutkan najis termasuk:

  • Buah Pic (Peaches)
  • Aprikot
  • Pir
  • Plum
  • Kacang peas

Langkah 3

Berikan bayi anda jus buah-buahan yang dicairkan dengan air, dua kali sehari. Sorbitol dalam jus buah-buahan (termasuk prune) membantu melegakan sembelit. Jus prun berkesan kerana terkandung sorbitol, asid kafeik, dan dihydrophenylisatin. Untuk mencairkan jus:

  • Tambah 1oz jus untuk air 4oz atau
  • Cairkan 10z jus dalam 20z air .

Langkah 4

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Urut perut bayi, sebaik-baiknya semasa memandikan dengan air suam. Untuk urutan yang berkesan, urut bermula dari pusat dan urut ke luar mengikut arah jam. Urutan di perut boleh mempercepatkan pergerakan makanan melalui usus.

Langkah 5

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Gerakkan kaki bayi anda seperti membuat kayuhan basikal. Ini akan membuatkan otot perutnya bergerak dan menyebabkan tekanan lembut pada usus. Caranya:-

  • Baringkan bayi anda diatas tilam
  • Genggam kakinya
  • Gerakkan kakinya dalam gerakan berbasikal yang cepat tetapi lembut

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗