. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Elak Anak Kita Cakap Pelat

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Elak Anak Kita Cakap Pelat
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Memang seronok melayan bayi bercakap. Dalam bahasa bayi yang kedengaran lucu pasti kita tak kering gusi mendengarnya. Apatah lagi ia disertakan dengan mimik muka si comel yang tidak puas dipandang. Rasa terhibur sangat.

Bayi anda akan mula bercakap dalam bahasanya sendiri tidak kira siang, malam, pagi atau ketika terjaga dari tidur. Keinginannya untuk meningkatkan kemahiran pertuturan perlu diberi galakan. Bagaimanapun jangan sekali-kali anda turut meniru gaya si kecil bercakap. Misalnya ‘aaa’, ‘aaau’, ‘uuu’ dan sebagainya.

Tanpa anda sedari perbuatan tersebut akan menggalakkan bayi belajar bercakap secara pelat. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan perkara pertama yang mereka dengar. Untuk merangsang kemahiran pertuturan si kecil, anda perlu rajin bercakap dengan mereka sejak usia bayi lagi.

Walaupun ketika itu bayi anda tidak faham apa yang dituturkan tetapi bayi boleh menyimpan apa yang didengar dalam kotak memorinya. Pastikan anda sentiasa bercakap dalam bahasa yang betul iaitu tidak pelat dengan anak kerana mereka akan meniru kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa.

Jika anak anda dalam fasa belajar bercakap, mungkin tips berikut ini membantu merangsang anak untuk petah bercakap dan bukannya pelat bercakap.

1. Beri fokus kepada anak

Apabila si kecil menunjukkan minat untuk bercakap dalam bahasa bayinya, jangan buat tidak peduli. Pandang ke matanya dan layan percakapannya biarpun anda tidak faham apa yang bayi cuba sampaikan. Tetapi ingat jangan anda balas dalam bahasa bayi juga. Sebaliknya anda perlu membalas dalam bahasa yang betul. Sekurang-kurangnya anda telah membantunya bercakap dengan betul dan merangsang perkembangan pertuturannya.

2. Satu hari satu perkataan baru

Untuk menggalakkan anak cepat bercakap, anda boleh mengajarnya satu hari satu perkataan baru. Sebut berulang kali perkataan tersebut dalam sehari. Tunjukkan objek sebut namanya. Anak anda dapat belajar dua perkara dalam satu masa yang sama iaitu mengenal objek dan mengenal perkataan.

Elak Anak Kita Cakap Pelat

3. Gunakan persekitaran dengan baik

Setiap hari dedahkan anak dengan perkara baru. Maksimumkan persekitaran anda untuk menggalakkan anak bercakap. Anda sendiri perlu rajin bercerita dengan anak tentang persekitaran sama ada di dalam rumah atau di luar rumah.

4. Guna sokongan visual semasa bercakap

Bagi menggalakkan anak untuk bercakap dan mempunyai banyak kosa kata, tunjukkan pelbagai visual kepadanya dan kerap berbual serta bercerita dengannya. Sebagai contoh, jika sedang mengajar anak perkataan dengan tema makanan, perkataan yang boleh digunakan adalah seperti nasi, ayam, sayur dan sebagainya lagi. Beri tahu pada anak anda yang anda ingin mendengar dia menyebut perkataan yang betul pada waktu makan. Minta anak anda untuk menyebutnya dan berilah pujian setiap kali dia menyebutnya dengan betul.

Elak Anak Kita Cakap Pelat
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗