. . .
Susu Kambing I~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Corak Didikan Pengaruhi Personaliti Bayi

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

Corak Didikan Pengaruhi Personaliti Bayi
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Jadikan Sunnah Amalan Peribadi

Susu Kambing i~Sunnah™ - Minuman Kegemaran Dunia

Tahukah anda, corak keibubapaan adalah faktor paling mempengaruhi transformasi personaliti bayi? Logikya, jika anda memaksa bayi untuk mengikut cara dan gaya anda, hubungan ibu-anak yang bermasalah akan berlaku. Untuk sekurang-kurangnya satu tahun pertama bayi, apa yang sangat diperlukan oleh semua bayi ialah memiliki rasa selamat dan kepercayaan paling kuat pada kedua ibu bapanya.

Bayi perlu merasa siapa pun dirinya, ibu pasti selalu ada untuknya. Ramai pakar menegaskan hakikat ‘semua kehendak bayi adalah keperluan bayi, begitu juga sebaliknya untuk satu tahun pertama’. Lagi pun, kenapa perlu membuang masa dan tenaga, cuba ‘mengajar’ sesuatu corak keibu bapaan ke atas bayi yang tak mengerti pun perkara asas seperti beza malam dan siang?

Mulakan dengan mengubah ‘mindset’ anda sendiri. Gunakan istilah ‘bersemangat’ berbanding ‘degil’ mewakili bayi yang sangat lasak. Penting untuk ibu bapa mengubahsuai sikap dan cara berfikir dengan membayangkan arah personaliti bayi anda untuk jangka masa panjang.

Bayi yang sangat energetik dan memiliki tempoh penumpuan yang rendah terhadap sesuatu perkara berkemungkinan besar menjadi kanak-kanak 9 tahun yang dinamik dan teruja menyempurnakan jadual aktiviti yang padat seperti kelas mengaji, kelas berenang, kelas melukis dan tiada masalah bersosial. Jangan rasa bersalah bila berhadapan dengan personaliti sukar bayi anda. Ia mungkin salah satu cara untuk dia melepas tekanan. Jangan lupa bahawa personaliti bayi masih sedang berkembang.

Corak Didikan Pengaruhi Personaliti Bayi

Menurut kajian Dr Jay Belsky, pengarah The Institute for the Study of Children, Families, and Social Issues, University of London, bayi-bayi yang mudah diurus adalah bayi-bayi yang penjaganya responsif, memberi perhatian dan terhubung. Penjaga dalam kumpulan ini, melihat bayi yang menangis itu sebagai tak gembira, tak selesa atau mudah tertekan. Sebaliknya, bayi cenderung untuk kekal sukar bila penjaga melihat tangisannya sebagai sesuatu yang negatif. Kesannya, ibu bapa sukar untuk kekal tenang dan bayi menjadi lebih tertekan.

Kedua, beri perhatian teliti kepada reaksinya terhadap aktiviti harian. Contohnya adakah dia menangis ketakutan ketika mendengar bunyi cerek air panas atau berpaling penuh rasa ingin tahu? Menjejaki corak sikap bayi membantu anda mengenal pasti respon yang sesuai untuk diberi seterusnya mengajar kita menghargai keunikan dirinya.

Terakhir, pastikan anda mencari ‘jalan tengah’ bayi anda. Jika bayi mula resah selepas dua aktiviti, bermain di taman disusuli makan di luar, kurangkan jumlah masa aktiviti luar tersebut. Kemudian, secara berperingkat, panjangkan tempoh masa serta dedahkan bayi dengan tempat dan perkara baharu. Perubahan suasana secara berperingkat penting untuk mengelakkan jangkaan tinggi terhadap bayi dan dalam masa yang sama, mengelakkan anda dari sentiasa memenuhi kesemua tuntutannya. Dengan cara ini, anak akan membesar dengan tahap adaptasi yang tinggi.

Jadikan Sunnah Amalan Peribadi
Keluarga Yang Soleh Famili Misali
Kongsikan Kisah Menarik Ini Di FB
Corak Didikan Pengaruhi Personaliti Bayi

i-Sunnah™ Untuk Golongan Pilihan

💗 Jadikan Sunnah 1 Amalan 💗